SEARCH

#KBeauty : 3 Selebriti Cantik Korea Kamu Harus Follow di Instagram Bulan Ini

#KBeauty : 3 Selebriti Cantik Korea Kamu Harus Follow di Instagram Bulan Ini

Saya percaya trend K-Beauty masih belum lagi pudar  dalam dunia kecantikan ini. Walaupun pernah diperkatakan awal tahun ini di mana J-Beauty bakal menguasai industri kecantikan, tetapi sehingga kini saya masih merasakan kekuatan K-Beauty itu. Mungkin kerana industri muzik K-pop yang masih lagi menguasai carta muzik antarabangsa membuatkan mereka secara tidak langsung mendominasi kesemua bidang-bidang ini. Dan saya di sini juga tidak ketinggalan mengikuti arus perkembangan ini. Bukan itu sahaja, pada pemerhatian saya, oleh kerana pengaruh Korea ini terlalu kuat, jenama-jenama kecantikan antarabangsa juga kini sudah mula mencuba menawan dan ingin menembusi pasaran Korea. Selebriti Korea mula dipanggil menyertai acara-acara besar tahunan secara eksklusif serta bermacam lagi. Saya juga terpanggil untuk berkongsi bersama kamu semua tiga selebriti cantik Korea yang kamu harus ketahui dan perlu follow di Instagram. Mungkin ada antara kamu yang sudah mengenali mereka ini. Pada saya, mereka ini adalah definisi wanita Korea cantik. Selain itu, mereka ini juga cukup aktif di laman Instagram mereka.

1) Sunmi

3 Selebriti Cantik Korea

3 Selebriti Cantik Korea
3 Selebriti Cantik Korea

Sunmi yang popular dengan lagu Gashina ini antara selebriti Korea yang cantik serta memiliki gaya signaturnya yang tersendiri. Sering tampil dengan gaya rambut panjang mengurai serta mengenakan gincu bibir bold seperti rona merah dan koral tidak kiralah di atas pentas ataupun tidak. Sunmi yang juga bekas ahli kumpulan Wonder Girls ini sering dilihat menyarung mekap dan penjagaan wajah daripada jenama Dior kegemarannya.

2) Bae Suzy

3 Selebriti Cantik Korea

3 Selebriti Cantik Korea

3 Selebriti Cantik Korea

Pernah disenaraikan sebagai antara wanita tercantik di Korea, kecantikan asli penyanyi serta pelakon, Suzy ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Perwatakannya yang fun membuatkan ramai yang ingin mengikutinya di Instagram. Dan bukan itu sahaja, Suzy seringkali tampil dengan wajah tanpa solekan di Instagramnya. Tidak seperti beberapa selebriti lain yang mungkin memiliki perasaan insecure dalam diri. Namun begitu, Suzy juga gemar menyarung gincu bibir sebagai pelengkap gayanya. Dan kegemarannya sudah tentu daripada jenama Lancome.

3) Jennie Kim
3 Selebriti Cantik Korea

3 Selebriti Cantik Korea

3 Selebriti Cantik Korea

Nama baharu dalam industri muzik Kpop, Jennie Kim, ahli kumpulan Blackpink ini juga baru sahaja mencipta akaun Instagram peribadinya. Jennie yang bukan sahaja aktif dan sibuk dengan persembahan pentas, namun dia juga ahli paling sibuk di dalam kumpulannya kerana sering terbang ke luar negara untuk menyertai acara-acara besar. Baru-baru ini dia turut mendapat perhatian apabila tampil di parti pelancaran anjuran Chanel Beauty di Paris. Gayanya yang bersahaja dan sering tampil dengan gaya solekan yang berbeza daripada gaya solekan tipikal wanita Korea, menjadikan dia antara wajah yang bakal mendominasi serta membawa definisi kecantikan baharu di dalam industri kecantikan Korea.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE