SEARCH

#BeautyMoment : Gemar Tampil Bereksperimen, Saya Senarai 4 Beauty Look Terbaik Kittie Yiyi

#BeautyMoment : Gemar Tampil Bereksperimen, Saya Senarai 4 Beauty Look Terbaik Kittie Yiyi

Kittie Yiyi, pereka fesyen yang sukup stailish serta memiliki gaya penampilannya yang tersendiri. Setiap kali dia muncul di mana-mana acara, pastinya dia yang paling menangkap perhatian saya. Dengan gaya signatur berambut pendek paras bahu berserta bangs pendek itu sudah sebati dengan Kittie Yiyi. Kittie sering tampil dengan gaya solekan yang edgy bagi memadankan look keseluruhannya untuk satu-satu majlis. Pilihan solekan bibir menonjol dan eyeliner hitam lebat antara yang sering menjadi pilihan wanita ini. Kittie juga sering bereksperimen dengan gaya rambut yang pelbagai dan tidak hanya terhad pada satu gaya signaturnya itu sahaja. Mari lihat 4 beauty look terbaik Kittie Yiyi yang menjadi pilihan saya.

4 Beauty Look Terbaik Kittie Yiyi

Belum pernah saya melihat selebriti dan personaliti-personaliti lokal yang ingin mencuba gaya solekan yang sebegini. Kittie Yiyi yang tampil cukup berani dengan solekan cetakan pada wajahnya ketika di salah sebuah parti anjuran sebuah majalah fesyen yang bertempat di ibu kota mendapat perhatian ramai yang hadir pada malam itu.

4 Beauty Look Terbaik Kittie Yiyi

Ketika menghadiri pelancaran eksklusif produk kecantikan yang bertempat di Jepun, Kittie memilih solekan daripada palet merah. Jurusolek Shiyo memilih untuk melakar eyeliner rona merah berbentuk cat eye. Dipadankan pula dengan rona gelap cukup memukau penampilan keseluruhannya itu. Cukup sekadar memfokuskan bahagian mata dan bibir, bahagian wajah lain dibiarkan polos.

4 Beauty Look Terbaik Kittie Yiyi

Sekali-sekala melihat Kittie tampil sedikit lain daripada gaya biasanya. Pilih untuk menggayakan rambut kerinting klasik, Kittie masih tetap nampak cantik serta berjaya membawa look era 90an seperti ini. Kittie juga mengenakan solekan berpaletkan rona koral untuk menyerlahkan lagi look klasik. We LOVE!

4 Beauty Look Terbaik Kittie Yiyi

Seperti yang saya katakan, Kittie ini sering tampil dengan solekan bereksperimen dan sering memilih solekan edgy juga fun, kali ini Kittie mengenakan solekan kening yang melakar namanya sendiri. How cool is that!   

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE