SEARCH

#PerfumePicks: 5 Haruman Harus Kamu Miliki Bulan Ini Yang Bakal Buat Si Dia Tergilakan Kamu

#PerfumePicks: 5 Haruman Harus Kamu Miliki Bulan Ini Yang Bakal Buat Si Dia Tergilakan Kamu

Kamu sudah bosan dengan haruman kamu yang lama atau mungkin juga mahu kelainan dan ingin mencuba aroma-aroma baharu sebagai haruman signatur kamu? Usah bimbang, di sini saya senaraikan 5 haruman harus kamu miliki kerana olfaktori setiap haruman ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri perlu kamu terokai.

 

1)    Givenchy Dahlia Divin EDP Nude RM553/75ml

5 Haruman Harus Kamu Miliki

Hadir dalam olfaktori yang mempersembahkan aroma manis bersama suntikan bau kasturi menyemarakkan lagi haruman mewah ini. Adunan Orange Blossom Tea dan pulpa aprikot menyampaikan kesegaran dan percikan aroma manis yang mendalam turut terasa di dalam satu lagi komposisi pada nota hati haruman ini iaitu Sambac Jasmine, Mawar dan juga Osmanthus. Manakala nota akhir dinoktahkan dengan aroma kayu Blond berserta kasturi putih sebagai olfaktori signatur membuatkan setiap wanita yang menyarungnya memiliki keyakinan diri yang tinggi.

 

2)    Gucci Bloom Eau de Parfum For Her

5 Haruman Harus Kamu Miliki

Haruman klasik yang perlu kamu miliki. Selain bentuk botolnya yang cukup simple namun glamor ini sudah cukup membuat saya tertarik untuk memiliki. Haruman pertama oleh Alessandro Michele berinspirasikan daripada wanita Gucci yang mana memiliki sifat kontemporari, pelbagai dan asli ini terus tercetusnya satu aroma yang cukup elegan bagai namanya.

Antara bahannya seperti bunga jasmin dan tuberose yang memperkuatkan lagi aroma floral. Manakala Rangoon creeper, sebuah tumbuhan yang ditemui di Selatan India yang cukup istimewa yang mampu bertukar warna setiap musim, daripada putih suci kepada merah jambu dan seterusnya bertukar merah apabila tiba musim mengembang.

 

3)    Miss Dior EDP RM290/30ml

\5 Haruman Harus Kamu Miliki

Buat yang masih belum tahu, Miss Dior pertama yang dicipta oleh Christian Dior sendiri adalah pada 1947. Kini Miss Dior EDP terbaru yang dicipta oleh pakar haruman terkemuka, Francois Demachy memperbaharui haruman ini dengan inspirasi tiga elemen penting iaitu tentang siluet Dior, dicipta oleh seorang wanita, buat wanita yang tidak takut akan apa-apa. Sudah tentu versi baru Miss Dior ini masih mengekalkan signatur haruman legenda, cuma ia direvolusikan dengan menyemarakkan rasa amarah dan daya tarikannya.

Antara adunan yang terkandung di dalam haruman ini adalah seperti bunga Wild Rose, Grasse Rose dan Turkish Damascus Rose. Nota sitrus menambahkan lagi rasa segar seperti buah Mandarin, Blood Orange dan Calabrian Bergamot. Akhir sekali, sebagai nota penutupnya, disuntik dengan aroma Pink Peppercorn bersama Guyanese Rosewood.

 

4)    Aesop Hwyl RM395/50ml

5 Haruman Harus Kamu Miliki

Antara haruman unik yang menjadi pilihan kami (dan perlu kamu cuba). Haruman ini adalah haruman uniseks. Selepas Tacit dan Marrakesh Intense, Aesop melancarkan haruman ketiga mereka yang diberi nama HWYL. Aesop bergabung bersama pakar haruman daripada Perancis, Barnabé Fillion dalam mencipta formula haruman yang mampu membangkitkan deria rasa manusia ini. Ini adalah kolaborasi keduanya selepas bersama-sama menghasilkan haruman Marrakesh Intense.

Aromanya yang pedas daripada ekstrak Thyme memberikan kelainan dalam haruman biasa yang sering wanita gayakan. Saat pertama kali melayangkan haruman ini, saya dapat rasakan satu perasaan bagai diri terasa dekat dengan alam semula jadi. Begitulah inspirasi haruman ini yang diambil daripada keindahan Hutan Hinoki di Jepun.

 

5)    Les Parfums Louis Vuitton Rose Des Vents

5 Haruman Harus Kamu Miliki

Rangkaian Les Parfums daripada Louis Vuitton ini terdiri daripada 7 jenis haruman yang berbeza. Ia dicipta oleh pakar haruman, Cavallier Belletrud yang menghabiskan masa selama berbulan-bulan menyeberangi 5 benua hanya untuk merungkai dan mencari inspirasi menerusi emosi. Daripada inspirasi eksotik kepada inspirasi material mentah kesemuanya dititik beratkan oleh Belletrud. Dia kemudiannya membayangi 7 perjalanan olfaktori yang berbeza-beza emosi lalu terciptalah Les Parfums.

Namun, saya ingin berkongsi dengan kamu tentang salah satu harumannya iaitu Rose Des Vents. Ia membawa kita kembali ke Grasse, di tengah-tengah padang yang dipenuhi bunga Centifolia Rose. Tiga jenis bunga ros digunakan dan diekstrak dengan cukup teliti iaitu ekstrak kepekatan Centidolia bersama esen Turkish rose dan Bulgarian rose sebagai nota utamanya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE