SEARCH

Kami Kongsi 5 Haruman Terbaru Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Kami Kongsi 5 Haruman Terbaru Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Haruman dan seseorang itu tidak dapat dipisahkan. Ia bagai lambang personaliti diri seseorang itu. Ada yang kadang-kadang hanya suka pada satu jenis haruman kerana bagi mereka itu bagai haruman signatur diri. Ada pula yang suka bertukar-tukar kerana ingin mengikut mood hari-hari. Haruman ada pelbagai nota. Daripada nota manis, sitrus, maskulin hinggalah ke nota pedas, saya percaya masing-masing punya pilihan tersendiri. Jom, kali ini kami kongsi 5 haruman terbaru harus kamu miliki bulan ini. Mana tahu ia mampu memikat kamu!

5 Haruman Terbaru Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Chanel N°5 Red RM679/100ml

Buat kali pertama haruman signatur rumah fesyen ini menampilkan Chanel N°5 yang dibungkus istimewa di dalam kelalang kaca kristal merah serba mewah. Koleksi edisi terhad ini ditampilkan istimewa untuk koleksi N°5 Eau de Parfum, dan N°5 L’Eau Eau de Toilette. Aroma jambakan bunga mawar dan jasmin berserta aroma sitrus sebagai nota pembuka. Kemudian adunan unik formula Aldehydes dan daun vanila menyemarakkan lagi aroma hangat ini.

5 Haruman Terbaru Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Guerlain Aqua Allegoria Bergamote Calabria Eau de Toilette RM317/75ml

Aroma mewah musim panas ini bakal membuat kamu terpesona dengannya bagai sedang lagi bersiar-siar di kebun bergamot di daerah Calabria. Haruman ini mengekalkan aroma tradisi Guerlain menerusi koleksi Aqua Allegoria kemudian diadunkan bersama dengan ekstrak nota segar sitrus bergamot.5 Haruman Terbaru Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Gucci Bloom Nettare di Fiori

Nettare di Fiori haruman ketiga di dalam rangkaian Gucci Bloom. Berbanding dengan haruman Gucci Bloom yang pertama yang dicipta beraroma vintaj dengan suntikan nota floral, haruman ketiga ini pula lebih misteri. Aroma sensual kayu-kayan menguasai haruman ini. Dengan nota pembukanya dimulakan dengan aroma halia dan bunga ros kemudian diakhirkan dengan nota ekstrak patchouli, kasturi dan Osmanthus.

5 Haruman Terbaru Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Calvin Klein Women EDP RM414/100ml

Haruman terbaru daripada Calvin Klein yang dicipta untuk meraikan wanita dan mahu memberi kesedaran kepada setiap wanita di luar sana yang mereka miliki kecantikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Aromanya begitu elegan sekali. Menampilkan eucalyptus acorns sebagai ekstrak nota pembuka, kemudian disuntik bunga oren sebagai nota hatinya, kemudian dinoktahkah dengan Alaskan cedarwood, lalu mencipta haruman flora maskulin.

5 Haruman Terbaru Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Carolina Herrera Good Girl Velvet Fatale Collector Edition RM498

Haruman ikonik yang dibotolkan berbentuk kasut tinggi ini kali ini hadir dengan bungkusan baharu edisi terhad collector. Dibotolkan mewah di dalam kelalang ikoniknya namun kali ini bertukar rona kepada baldu merah. Sesuai dengan aromanya yang disuntik daripada nota ekstrak flora oriental, kesegaran bunga jasmin serta Haba Tonka, haruman ini sesuai buat wanita yang mahu menonjolkan kekuatan dirinya. Haruman istimewa ini hanya boleh didapati di stor Parkson terpilih serta di stor pop-up Pavilion Kuala Lumpur!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE