SEARCH

5 Produk K-Beauty Di Pasaran Yang Harus Kamu Beli Apabila Shopping di Korea!

5 Produk K-Beauty Di Pasaran Yang Harus Kamu Beli Apabila Shopping di Korea!

Saya sudah berada di Korea selama hampir empat hari. Saya memilih untuk tinggal di tengah-tengah bandar Myeongdong kerana bagi saya bandar ini hub kepada segala dunia K-Beauty yang menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh dunia.

Ini bukan pertama kali saya ke sini. Setiap kali saya kunjungi tempat ini, pasti ada sahaja produk baru yang dikeluarkan oleh jenama-jenama tempatan mereka. Dan bukan itu sahaja, bandar Myeongdong ini juga memiliki hampir ratusan kedai kecantikan yang sama dan jangan terkejut jika kamu akan jumpa lebih daripada satu butik Etude House (contohnya) di sini.

Selain butik kecantikan yang kita sedia tahu seperti Etude House, Innisfree, Nature Republic dan sebagainya, stor Olive Young adalah antara satu lagi kedai yang kamu harus singgah. Ia ibarat stor Watson dan Sephora. Menjual bukan sahaja satu jenis jenama, namun puluhan label serta pelbagai jenis produk kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki boleh kamu boleh dapati dengan mudah di stor ini.

Setelah pusing sekitar Seoul, saya senaraikan lima produk yang harus kamu beli jika kamu singgah di stor Olive Young. Selamat membeli-belah!

1. M.F Aquaring Ampoule Mask EX

Sejenis pupur ampoule yang cukup popular dan berfungsi dalam memberi kadar lembapan maksimum pada wajah. Bukan itu sahaja, kamu bakal merasakan hasil kulit yang lebih terhidrat. Setelah memakai pupur ini juga, kamu akan rasakan dengan ketara di mana kulit menjadi lebih terhidrat, mengawal pemprosesan sebum serta mengecilkan liang pori pada wajah.

2. Lassie’el Lip Card

Kad bibir ini mudah dibawa ke mana-mana shaja. Jika ingin touch-up, ini pilihan yang bagus. Bagi yang malas hendak membawa beg di tangan, atau tidak mahu menjinjit apa-apa, selitkan sahaja Lip Card ini di poket seluar anda!

3. Dashing Diva Magic Press-On-Gel Manicure Nail Press

Kini trend memakai kuku ‘fake’ sudah semakin menjadi-jadi bukan sahaja di Korea, namun di Malaysia sebenarnya. Bagi saya, kuku palsu daripada Dashing Diva ini adalah antara yang kamu harus miliki. Dan lebih istimewanya, Dashing Diva melancarkan koleksi kuku ini  dalam bentuk kotak yang cukup mudah disimpan di dalam tas tangan juga dibawa ke mana-mana sahaja.

4. Son&Park Beauty Water

Walaupun sudah berada di pasaran agak lama, namun produk ini masih menjadi tumpuan pengunjung. Bukan sekadar bertindak sebagai pembersih muka, namun ia juga diperbuat daripada formulasi yang memberikan manfaat penyentalan sel mati pada kulit wajah.

5. COSRX Low PH Good Morning Gel Cleanser

Mungkin ada antara kamu yang pernah mendengar jenama ini. Ia berasal dari Korea dan antara produk baru yang terlaris jualannya. Pencuci muka ini juga antara yang harus kamu miliki daripada rangkaian produk jenama ini. Pencuci muka jenis gel ini sesuai untuk semua jenis kulit

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE