SEARCH

Kami Senaraikan 5 Produk Kecantikan Pilihan Kami Yang Harus Kamu Miliki Minggu Ini

Kami Senaraikan 5 Produk Kecantikan Pilihan Kami Yang Harus Kamu Miliki Minggu Ini

Masih tercari-cari produk penjagaan wajah serta alat solekan yang mana harus kamu miliki dan sesuai dengan kulit wajah kamu? Di sini saya ingin senaraikan 5 produk yang harus kamu miliki minggu ini. Mungkin ia akan merubah hari kamu dan membuatkan diri bertambah yakin apabila keluar bertemu teman-teman atau yang tersayang dengan wajah dan solekan yang lebih sempurna!

 

1.     Chanel Les Beiges Healthy Glow Touch Foundation SPF25/PA+++ RM210 Refills RM160

 5 produk yang harus kamu miliki minggu ini

Kepada peminat setia bedak kusyen kompak, ini salah satu kompak yang kamu perlu ada. Ia memberi efek solekan yang bersinar sihat serta membuatkan kulit tampak lebih segar. Dicipta berteksturkan gel aqua yang memberi liputan yang mencukupi dan sesuai buat semua jenis kulit.

 

2.     Erborian Bamboo Waterlock RM52/30ml

 5 produk yang harus kamu miliki minggu ini

Sejenis pupur perapi yang mampu memberikan hasil kulit yang lebih gebu, dan lebih sihat sejurus menyapunya pada kulit wajah. Biarkan pupur ini semalaman, dan keesokan paginya, kamu akan rasai perbezaannya. Diperbuat daripada bambu yang mampu memberi lembapan pada kulit menerusi mineral dan asid amino yang terkandung. Selain itu, fiber bambu turut membantu mengekalkan kadar air yang mencukupi dalam kulit.

 

3.     Pixi Glow Tonic RM87/100ml

 5 produk yang harus kamu miliki minggu ini

Sejenis toner yang harus kamu miliki dan menjadi item harus miliki serta menjadi kegilaan setiap penggemar kecantikan seluruh dunia. Jenama ini baru sahaja menjengah ke Malaysia dan saya pasti kamu semua juga tidak sabar ingin memilikinya. Toner ini mampu membuatkan kulit menjadi lebih cerah dan bersih. Ia menyahkan sel kulit mati dan memberikan tekstur kulit yang lebih rata dan lembut. Diperbuat daripada ekstrak botanik termasuklah ginseng serta aloe vera yang sesuai bukan sahaja untuk kulit sensitif, malah untuk semua jenis kulit.

 

4.     Too Faced Hangover 3-in-1 Replenishing Primer & Setting Spray

 5 produk yang harus kamu miliki minggu ini

Walaupun ia sejenis setting spray, ia juga boleh bertindak sebagai penyembur kulit wajah yang boleh kamu gunakan pada bila-bila masa sama ada ketika kulit kamu terasa kering atau juga tidak selesa. Ia berfungsi dalam membuatkan kulit wajah kekal terhidrat. Selain itu, ia juga digunakan sebagai primer, setting spray untuk solekan tahan lebih lama, dan juga sebagai penyegar buat kulit wajah kamu. Diperbuat daripada air kelapa, serta bahan asas probiotik untuk merawat kulit wajah.

 

5.     Laneige Water Glow Base Corrector RM175/35ml

 5 produk yang harus kamu miliki minggu ini

Ini satu lagi item solekan yang harus ada di meja solek kamu! Ia sesuai buat kamu yang mahukan solekan yang lebih sempurna. Hadir dalam tiga jenis warna iaitu hijau, merah jambu dan ungu untuk tiga jenis masalah kulit yang berbeza. Buat asas hijau, sesuai untuk mereka yang berkulit jerawat dan sensitif, manakala asas merah jambu adalah untuk mereka yang memiliki kulit jenis kusam dan asas ungu adalah buat yang berkulit gelap dan kekuningan untuk hasil yang lebih cerah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE