SEARCH

6 ‘Best Beauty Trend’ Dari Pertunjukan Fesyen NYFW

6 ‘Best Beauty Trend’ Dari Pertunjukan Fesyen NYFW
rodarte_romane_stailmy
Rodarte

1 / 6

Romanticism

Duo Kate dan Laura Mulleavy membuat hiasan rambut handmade daripada tulle dan renda – fabrik yang sama boleh ditemui dalam koleksi musim bunga 2017 mereka. Selain daripada itu, Ryan Roche juga menghiasi sutera tenun yang dijahit pada sanggul balet kemas modelnya melambangkan modern romance.

_luc80881_stailmy
DKNY

2 / 6

The Blondies

Paling radikal tentulah di pentas Alexander Wang pabila model-modelnya dipersembahkan dengan rambut blonde yang baru dipotong bob. Punya vibe sun-soaked surfer juga pada look ini.

proenzeschouler_stailmy
Proenza Schouler

3 / 6

Warna-warna Tak Konvensional

Dion Lee menggunakan glos mata tangerine manakala Proenza Schouler pula mengecat telinga modelnya dengan warna kuning. Marc Jacobs pula memasang dreadlock warna-warna candy pada rambut model. Warna pop kromatik muncul di tempat-tempat paling tak disangka memberi gambaran warna musim luruh.

altuzarra_stailmy
Altuzarra

4 / 6

Slick Ke Atas/ Ke Bawah

Daripada ikatan basah di Thakoon hingga kepada sleek waves di Altuzarra dan rambut basah lencun di Hood by Air, rambut seperti baru mandi musim ini memerlukan gel… dan keyakinan untuk meninggalkan pengering rambut.

jasonwu_stailmy
Jason Wu

5 / 6

Ada Ton Merah Yang Sesuai dengan Semua Orang

Lihat sahaja bibir matte di Creatures of the Wind, fluoro-pop di Jason Wu dan bibir kemilau di DKNY, ketiga-tiganya menunjukkan ton merah berbeza-beza. Apa kata kamu juga cuba cari ton merah yang sesuai dengan kamu?

michaelkors1_stailmy
Michael Kors

6 / 6

Rambut Kering Sendiri

Michael Kors mengarahkan model-modelnya membasuh rambut malam sebelum pertunjukan dan dengan rambut ini juga dia menghantar mereka keluar di pentas. Proenza Schouler pula hanya mengeringka rambut model di tepi jalan di bawah matahari di luar pertunjukan. Malah Oscar de la Renta juga tidak lagi menggunakan tema feminin done-up hair tetapi rambut belah tengah dibiar natural.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE