SEARCH

Adam Levine Diumum Sebagai Wajah Baru Haruman Y untuk YSL Beauty

Adam Levine Diumum Sebagai Wajah Baru Haruman Y untuk YSL Beauty

Adam Levine

Yasss! Ini benar. Siapa tidak kenal dengan Adam Levine? Sosok tampan dan juga vokalis utama band terkemuka, Maroon 5 ini bakal menambahkan satu lagi bakat dalam portfolionya iaitu modeling! Ini kerana, baru-baru ini YSL Beauty membuat pengumuman serta meraikan berita gembira di mana penyanyi, Adam Levine, dipilih sebagai wajah untuk kempen haruman maskulin terbaru mereka yang diberi nama Y.

Adam dipilih kerana personalitinya. Adam Levine cukup terkenal dengan karakternya yang ceria, seorang yang kreatif serta memiliki jutaan peminat di serata dunia.

Menurut Presiden, Koleksi Pereka Antarabangsa L’oreal USA, Alexandre Choueiri,

“Adam Levine adalah wajah paling sesuai untuk jenama YSL Beauty dan juga haruman terbaru kami, Y, ini. Dia yang juga bintang dalam dunia muzik antarabangsa, memiliki bakat yang tulen dan dia turut memiliki aura yang bisa membawa dan mengarah kepada satu dimensi baru di dalam jenama YSL Beauty.”

Menjadi sebahagian daripada cerita haruman Y ini pula amat menarik perhatian saya. Jalan ceritanya bukanlah berkisarkan tentang seorang lelaki, ia adalah tentang satu kelompok generasi yang kreatif…” -Adam Levine

Adam Levine turut menyatakan rasa gembiranya, “Saya sungguh teruja berkolaborasi bersama YSL Beauty, jenama yang pada saya cukup menyerlah dalam gayanya yang tersendiri serta memiliki imej yang bagus. Sebagai seorang pemuzik, saya bisa berhubung dengan semangat serta keperibadian YSL yang kuat.

Menjadi sebahagian daripada cerita haruman Y ini pula amat menarik perhatian saya. Jalan ceritanya bukanlah berkisarkan tentang seorang lelaki, ia adalah tentang satu kelompok generasi yang kreatif. Sememangnya saya cukup teruja, apatah lagi untuk membina hubungan bersama YSL Beauty ini dan melihat sejauh mana ia pergi.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE