SEARCH

Neelofa Lancarkan Produk Ikonik Lancome Advance Génifique

Neelofa Lancarkan Produk Ikonik Lancome Advance Génifique

Pada akhir bulan lalu, berlangsungnya pelancaran besar-besaran merai produk ikonik Lancôme iaitu serum Advance Génifique yang telah dicipta dengan formulasi baharu gabungan sains Microbiome. Bertempat di Pavilion Kuala Lumpur, pameran dilabuhkan di Center Court dan mempersembahkan tetamu yang hadir dengan pengalaman serta perjalanan penghasilan Génifique yang baharu ini.

Advance Génifique

Joselyn Lee (Pengurus Pendidikan Kanan Lancôme) bersama Dr. LC Chai, Chua Sher Le, Dr. Norhayati Abdullah

Bukan itu sahaja, kali ini Lancôme berkolaborasi juga bersama Chatime dan membina kaunter Blue Bar, berkongsi minuman istimewa inspirasi daripada serum ini. Pengurus Besar Lancôme, Chua Sher Le, tidak lekang dengan senyuman sepanjang pelancaran ini mengekspresikan rasa gembiranya terhadap pelancaran satu-satunya serum ikonik daripada jenama ini. Dia turut berkongsi sejarah serum ini yang mana ia adalah serum yang dihasilkan daripada 15 tahun penyelidikan bersama 57 percubaan klinikal serta pelbagai lagi.

Serum ini mengambil masa 15 tahun untuk dikaji, dipadankan, diuji dan disahkan khasiatnya melalui gabungan kajian Microbiome ini bersama kesihatan dan penampilan kulit. Hari ini, dengan bangganya saya ingin berkongsi produk Advanced Génifique yang baharu ini membuktikan keberkesanannya terhadap microbiome kulit. Hasilnya, kulit pulih dengan lebih cepat, kuat serta tampak lebih muda.”

Advanced Génifique yang baru ini dihasilkan dalam formulasi unik dan diperkaya dengan 7 pecahan pra juga probiotik yang merangsang kepada microbiome kulit serta mampu mempercepatkan proses pemulihan yang berpunca daripada pencemaran sekeliling serta gaya hidup yang tidak seimbang.

Advance Génifique

Tidak lengkap dengan itu, Lancôme menjemput dua ahli saintis, Dr. LC Chai daripada Universiti Malaya bersama Dr. Norhayati Abdullah daripada Universiti Teknologi Malaysia untuk berkongsi lebih lanjut tentang sains mirobiome ini bersama tetamu yang hadir. Mereka berdua juga mengakui kehebatan Advance Génifique yang baharu ini kerana mereka sendiri telah mencuba dan melihat sendiri perubahan kulit dalam masa tujuh hari.

Advance Génifique

Selepas sesi bersama media yang berlangsung jam lewat 5 petang, majlis diteruskan dengan acara parti dan pelancaran rasmi produk ini. Lancôme turut menjemput tetamu VIP mereka yang juga wajah bagi produk ikonik ini iaitu Neelofa, Venice Min dan Debbie Goh untuk berada di atas pentas bersama-sama melancarkan produk ini.

Advance Génifique

Advance Génifique

p/s: Serum Lancome Advanced Génifique Microbiome ini dijual pada harga RM295/30ml. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE