SEARCH

Model & Aktivis, Adwoa Aboah Diumum Sebagai Wajah Baru Kempen Marc Jacobs Beauty 2018

Model & Aktivis, Adwoa Aboah Diumum Sebagai Wajah Baru Kempen Marc Jacobs Beauty 2018

Adwoa Aboah

Baru sahaja diumumkan! Adwoa Aboah kini adalah wajah terbaru untuk Marc Jacobs Beauty buat tahun 2018. Kempen-kempen di dalam stor serta menerusi platform media yang menampilkan Adwoa akan mula dilancarkan pada akhir tahun ini. Hari ini kami akan kongsikan foto-foto kempen pertama secara rasmi yang melibatkan Adwoa bersama Marc Jacobs Beauty ini. Kempen eksklusif ini dirakam oleh David Sims dengan arahan seninya oleh Katie Grand. Solekan Adwoa untuk kempen ini dilakukan oleh Diane Kendal, manakala rambutnya didandan Guido Palau serta kuku ditata oleh Jin Soon Choi.

Adwoa Aboah

Menerusi kempen ini, Adwoa mempamerkan wajahnya yang dirias dengan menggunakan rangkaian produk terbaru daripada Marc Jacobs Beauty yang bakal debut untuk koleksi musim bunga 2018 nanti, iaitu Le Marc Liquid Lip Crayon dalam rona How Rouge. Berita baik juga, koleksi ini akan mula dijual rasmi di atas talian dan di stor bermula Disember tahun ini!

Adwoa Aboah

Le Marc Liquid Lip Crayon

Istimewanya tentang pensel bibir jenis krayon ini adalah ia direka dengan penghasilan pigmen warna yang berkualiti serta tahan lama pada bibir walau dengan hanya sekali layang. Teknologi yang direka juga membolehkan ia mengawal kadar ketepatan dalam kamu mengoles gincu ini pada bibir serta memberi definisi bibir penuh dan mungil. Ia juga diperbuat daripada teknologi yang digelar “Ghost Pearl’ di mana pensel krayon ini mengandungi cebisan kilau halus yang memberi lebih dimensi pada bibir dan mampu bertahan selama 16 jam.

Adwoa Aboah

Marc memberi saya peluang berjalan di pentasnya, ketika itu di New York City. Ia bagaikan mimpi jadi kenyataan dan bermula daripada situlah, Marc menjadi salah seorang penyokong kuat saya. Saya amat teruja untuk menjadi wajah baru Marc Jacobs Beauty, dan dapat berkerjasama dengan Marc sekali lagi sememangnya satu inspirasi buat saya. Dia memiliki gaya memerhati yang cukup terperinci itu sememangnya tidak mampu ditandingi sesiapa. Dan kita semua dapat lihat setiap visi Marc pasti akan nampak dalam gaya hidup kita.”

Adwoa Aboah

Maka dengan itu, Adwoa Aboah kini telah menjadi salah seorang gadis Marc Jacobs Beauty sebaris dengan Jessica Lange, Edie Campbell, Winona Ryder, Aya Jones dan Kaia Gerber. Dapatkan koleksi Le Marc Liquid Lip Crayon ini yang akan mula di jual di Sephora berdekatan kamu serta di sephora.my bermula Disember ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE