SEARCH

Alat Peranti Terbaik ageLOC LumiSpa daripada NU Skin Untuk Kulit Wajah Lebih Bersih, Lembut dan Cerah

Alat Peranti Terbaik ageLOC LumiSpa daripada NU Skin Untuk Kulit Wajah Lebih Bersih, Lembut dan Cerah

Sudah lebih sebulan saya mencuba alat peranti pencuci wajah daripada NU Skin ini. Pada saya, NU Skin ageLOC LumiSpa adalah aksesori kecantikan yang perlu ada buat semua wanita dan lelaki yang mementingkan penjagaan kulit wajah. Ini kerana saya sudahpun mencubanya dan ternyata amatlah berpuas hati dengan hasilnya. Dan pada pandangan saya juga, alat peranti seperti ini kini bagai satu trend dalam dunia kecantikan hari ini. Walaupun ia sudah berada di pasaran sejak beberapa tahun lalu (dan bukanlah kegemaran semua orang kerana masih ada rasa ragu-ragu terhadap penggunaan alat peranti seperti ini), namun hari ini ia bagai satu revolusi dalam dunia kecantikan. Sudah tiba masanya juga untuk kita semua upgrade rutin mencuci wajah.

Mengapa saya memilih NU Skin ageLOC LumiSpa?

Pertama sekali, pada saya alat peranti seperti ini berfungsi membersihkan wajah dengan lebih mendalam. Sama seperti ageLOC LumiSpa ini, ia menyahkan segala kotoran dan bahan toksik pada kulit wajah secara telus lantas memberikan rasa kulit yang segar, cerah dan tampil lebih muda.

Bukan itu sahaja, permukaan alat peranti yang diperbuat daripada silikon ini amatlah lembut dan tidak membahayakan kulit wajah. Ada yang risau, jikalau permukaan ini boleh merosakkan serta mencalarkan kulit wajah. Menurut NU Skin, berus silikon adalah lebih lembut daripada berus wajah yang lain.

ageLOC LumiSpa

Ia juga adalah alat peranti kalis air dan boleh dicas semula. Memandangkan ia alat peranti jenis elektrik, ia turut membantu mengawal masa yang digunakan bagi setiap satu sesi. Setiap sesi mengambil masa 2 minit dan setiap 30 saat, alat peranti ini akan berada di dalam mod “pause” untuk beberapa saat sebelum meneruskan baki 2 minit tadi. Ia memudahkan untuk kita tidak memberus wajah terlalu lama pada satu-satu bahagian.

Ia merangsang kulit dengan teknologi eksklusifnya iaitu Mikropulse Oscillation. Gerakan dan frekuensi yang tertentu ini membantu membersihkan kotoran, minyak dan solekan pada wajah dengan mendalam. Dengan teknologi ini, kulit wajah juga lebih segar, bersih, liang pori juga berkurang, kulit yang lebih halus, cerah dan anjal.

Selepas sebulan menggunakan alat peranti NU Skin ini, kulit wajah saya kelihatan lebih berseri dan glow dengan serta-merta. Sepenat mana pun saya setelah berkerja seharian, saya pasti akan membersihkan wajah dengan alat ini. I can do it anywhere! Di depan TV, atas katil atau di mana sahaja. Selepas 2 minit, bilas! Wajah terus menjadi bersih.

Buat kamu yang mahukan alat peranti ini, bolehlah berkunjung ke laman web nuskin.com.my dan dijual pada harga RM1,144.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE