SEARCH

Wajah George Barnett Terpampang Pada Iklan Pewangi Alfred Dunhill Century, Kunci Deria Bau Si Jejaka Idaman

Wajah George Barnett Terpampang Pada Iklan Pewangi Alfred Dunhill Century, Kunci Deria Bau Si Jejaka Idaman

Terpampang pada kempen hitam putih pewangi ini adalah George Barnett. Dia pemain dram These New Puritans juga peragawan yang pernah melatari iklan-iklan jenama rumah fesyen lain. Model yang lahir pada 1988 ini tampan berkemeja putih dan sut hitam, sudah berselerak wajahnya di layar iklan Alfred Dunhill Century.

Alfred Dunhill Century

Kempen iklan dibuat oleh Tarik Malak dan Timonthy Douglas dan gambar telah dirakamkan oleh Jack Davison.

Pereka haruman ini, Carlos Benaim mahu mengetengahkan kesegaran, ‘kepedasan’ yang sofistikated serta kepelbagaian neroli dengan sentuhan sensual yang eksotik. Wangian edisi terbaharu ini disasarkan kepada golongan muda disediakan bersama rekaan botol yang moden dan menarik perhatian.

Alfred Dunhill Century

Reka bentuk arkitek cembung, cengkung dan penutup yang perlu diputar sebelum dapat melihat palam penyembur wangian, betul-betul baharu dan tidak ada pada jenama lain. Wangian ini dikomposisikan dengan bahan-bahan seperti minyak bergamot, limau gedang, buah pelaga dan kasturi membawa legasi Dunhill dengan sempurna.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE