SEARCH

#DontStop Dress Up, Party, Repeat bersama All Hours Foundation Terbaru YSL Beauté

#DontStop Dress Up, Party, Repeat bersama All Hours Foundation Terbaru YSL Beauté

Sitting Editor: Azreezal Hafidz  Arahan Seni: Merrissa Emilda  Teks: Amira Azman

Solekan: Sahir Sabri dan Fendi Sani  Dandanan Rambut: Bibian Leong

Gambar & Video: Awesome Studios & Yellow Popcorn Picture

 

Hendak pilih bedak asas yang tepat buat kulit wajah kita sebenarnya agak rumit. Dari hendak memilih rona hinggalah mencari tekstur yang benar-benar sepadan dengan kondisi kulit kamu. Lebih lagi, kebanyakan jenama tidak membentangkan barisan rona yang pelbagai buat wanita terutama sekali buat wanita Asia. Percayalah, sehingga ke hari ini, masih ada yang masih tercari-cari bedak asas yang paling terbaik.

All Hours Foundation

Apakah yang sebenarnya kamu perlu cari dalam sesuatu bedak asas itu? Apakah fungsi sebenar-benarnya bedak asas ini? Bedak asas yang terbaik adalah bedak asas yang dioles cantik (tidak perlu menepek terlalu tebal), membuatkan kulit tampak mulus serta liputan yang menyeluruh dan dapat menutup cela-cela wajah dengan sempurna.

Sempena dengan topik ini, saya ingin memperkenalkan bedak asas terbaru daripada YSL (saya yakin kamu semua akan bergegas membelinya sejurus membaca kehebatan bedak asas ini). Don’t stop! We are all going to party all night & day with this foundation, girls!

YSL Beauté memperkenalkan bedak asas pertamanya yang memiliki formula tahan sepanjang malam, malah 24 jam! Dan tentunya wanita-wanita yang menyertai kami dalam kempen bersama YSL Beauté turut setuju kerana mereka juga antara yang pertama diberi peluang mencuba bedak asas ini.

Tyra Kamaruzaman, Social Media Influencer, All Hours Foundation​ B60 Amber

“Saya sudah mula jatuh cinta dengan bedak asas YSL All Hour ini sejak jurusolek mula mengolesnya pada wajah saya lagi. Sebenarnya dengan kulit saya yang agak tan ini agak sukar saya mencari jenama yang memiliki bedak asas mengikut tona kulit saya. Tetapi tidak bagi YSL,mereka memiliki 22 rona kesemuanya. Dan saya sukakan bagaimana bedak asas ini mampu bertahan dengan baik sepanjang hari pada kulit saya tanpa sebarang rekahan. Overall, I think it’s worth to buy and worth the hype!

Evelyn Marietta, Usahawan, All Hours Foundation B10 Porcelain

Definitely my holy grail foundation now! Sebagai peminat solekan minimal dan “no make up look”, ternyata ini adalah bedak asas yang sesuai dengan kulit saya, teksturnya yang ringan dan mampu menyamarkan liang-liang pori saya namun dalam masa sama, kulit saya masih lagi nampak natural walau sudah dioles bedak asas. I am ready for the night with YSL.

Aina Syahirah, Co-Founder Kulet, All Hours Foundation BD50 Warm Honey

“Saya memiliki kulit jenis kombinasi dan apa yang saya perasan tentang sesetengah bedak asas, ialah ​hasil solekan hanya akan nampak setelah beberapa jam menyarungnya. Tetapi tidak dengan bedak asas All Hours daripada YSL ini, ia memberi kemasan matte yang mampu mengurangkan kadar kulit saya daripada menjadi berminyak di hujung hari. Saya juga sukakan litupan sederhana ke penuhnya dan buildable.”

 Sarah Intan, Social Media Influencer, All Hours Foundation B30 Almond

“Bedak asas YSL All Hours ini memiliki tekstur yang sangat ringan dan mampu bertahan 24 jam. ​Seperti tidak ​menyapu apa-apa pada wajah. Ia turut memiliki manfaat seperti litupan yang penuh serta memberi efek wajah flawless, matte dan sekata. Saya sukakannya kerana ia amat padan dengan tona kulit saya dan ia memiliki 22 jenis rona yang boleh dipilih! Definitely my new favorite foundation!

Marisa Soraya, Blogger, All Hours Foundation BD45 Warm Bisque 

“Saya benar-benar jatuh cinta dengan bedak asas YSL All Hours ini. Sebagai wanita yang sukakan pantai dan gemar berada di bawah matahari, amat susah untuk mendapatkan bedak asas mengikut ton kulit saya yang agak tan ini. Also, I’m not sure if it’s just me but the foundation smells so good! Seperti bau buah tembikai. Ia membuatkan saya sentiasa tersenyum gembira ke mana sahaja saya pergi apabila menyarungkan bedak asas ini.”

Alicia Amin, Model/Pelakon, All Hours Foundation B50 Honey

“Sesungguhnya bedak asas ini cukup sempurna dan membuatkan solekan wajah saya lebih cantik. Ronanya juga amat sepadan dengan tona kulit saya. Walaupun menyarungnya selama beberapa jam walau ketika penggambaran, wajah saya masih ​n​ampak cantik!”

Putri Shameen, Youtuber Kecantikan, All Hours Foundation B45 Bisque

“Kulit saya jenis berminyak, dan saya memerlukan bedak asas yang baik agar solekan saya tampak cantik dan mulus sepanjang masa. Setelah mencuba sendiri bedak asas YSL All Hours ini, saya dapat rasakan ianya cukup sepadan dengan tona kulit saya. Dengan teksturnya yang matte dan tahan lama, saya tidak perlu risau dengan solekan saya jika hendak keluar sepanjang hari.”

Tym Fatimah, Penata Gaya, All Hours Foundation B70 Mocha

“Saya sukakan bagaimana bedak asas ini memiliki tekstur yang cukup lembut dan ringan. Ia juga tahan sepanjang hari! Tidak sangka yang ia juga menyekatakan tona kulit saya dengan cukup sempurna. Ini adalah bedak asas terbaik yang pernah saya guna. Kecantikan bukan sahaja tentang wanita berkulit putih. Ia punyai pelbagai jenis pembayang seperti bedak asas YSL!”

Raja Nadia Sabrina, Pengasas Aere, All Hours Foundation BD20 Warm Ivory

“Apa yang boleh saya katakan tentang bedak asas All Hours daripada YSL ini adalah teksturnya yang cukup ringan, kulit saya mampu bernafas dan ia padan dengan tona kulit saya. Selalunya, saya ini seorang yang gemarkan solekan yang lebih natural, itu membuatkan bedak asas YSL ini amat sempurna buat saya. Bukan itu sahaja, bungkusannya cukup sofistikated dan classy.”

All Hours Foundation

Keistimewaan YSL Encre De Peau All Hours Foundation

Segalanya terjawab, wanita-wanita ini turut bersetuju dengan segala yang ditawarkan bedak asas ini. Bedak asas All Hours daripada YSL ini hadir dalam kelalang yang cukup klasik bersimbolkan kemegahan tu​ks​edo YSL, begitu juga bedak asasnya yang hadir dalam tektur yang cukup lembut bak baldu serta sofistikated.

Dengan keadaan cuaca serta iklim di negara kita yang panas serta bahang ini, rata-rata wanita di sini memiliki jenis kulit yang berminyak dan kombinasi. Bagi saya, bedak asas ini adalah pilihan yang terbaik kerana ia dicipta dengan formula kalis air, bebas minyak dan berkemasan matte. Ia formula idaman buat kebanyakan wanita Malaysia dalam mencari bedak asas yang baik.

Bukan itu sahaja, ia turut memiliki kadar pigmen halus yang tinggi dan mampu membuatkan solekan lebih flawless, segar serta berfungsi memberi litupan penuh yang mampu bertahan sepanjang hari dan malam. Paling penting, ia memiliki kadar SPF20 dan memberi perlindungan maksima buat kulit.

Satu perkara lagi yang sering saya perhatikan terutama dalam pasaran kosmetik di Malaysia, tidak banyak yang mengeluarkan variasi rangkaian rona yang sesuai mengikut tona kulit wanita Malaysia. Kebanyakannya hanya mengeluarkan mungkin 4 hingga 5 rona yang bagi saya cukup general dan amat payah untuk mereka yang berkulit terlalu gelap ​atau tan. Dengan 22 rangkaian rona yang dimiliki bedak asas ini, saya jamin, setiap ton kulit wanita Malaysia mampu menyarungkan All Hours.

All Hours Foundation

KANDUNGAN ALL HOURS FOUNDATION

​Pabila bercakap tentang kandungan bedak asas ini, sudah tentu bahan yang dihasilkan daripada bahan yang berkualiti tinggi. Bahan seperti polimer tahan lama yang eksklusif digunakan yang kaya dengan bahan seperti perlite ini yang membantu bedak asas ini mampu bertahan lama. Polimer ini ditemui di dalam batu gunung berapi. Manfaat bahan ini mampu menyerap seberat tiga setengah kandungan air yang diproses oleh kulit wajah.

Selain itu, bahan seperti Kombuchka, sejenis ekstrak teh hitam yang ditapai turut ditemui dalam bedak asas ini dan mampu memulihkan kadar seri pada kulit wajah. Bukan sekadar mencantikkan solekan wajah kamu, manfaat anti-oksida turut disuntik di dalam formula bedak asas ini untuk memulihkan lagi tekstur kulit serta melindung daripada pencemaran-pencemaran di sekeliling.

All Hours Foundation YSL Beauté tersedia dalam 22 tona pada harga RM270 mulai hari ini.

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE