SEARCH

Antara Yang Menjadi Tumpuan di Amfar Gala 2018, Saya Senarai 5 Selebriti Tampil Dengan Solekan & Dandanan Paling Menawan

Antara Yang Menjadi Tumpuan di Amfar Gala 2018, Saya Senarai 5 Selebriti Tampil Dengan Solekan & Dandanan Paling Menawan

Amfar Gala 2018 berlangsung beberapa hari lalu, dan antara selebriti yang hadir adalah seperti Halsey, Sienna Miller, Joan Smalls dan ramai lagi. Malam gala yang menyokong usaha membanteras HIV AIDS serta sebagai malam gala tidak rasmi sempena menyambut kedatangan minggu fesyen New York ini adalah antara malam gala glamor dan dihadiri barisan selebriti yang tampil dengan busana gaun leret cukup anggun. Kesemua yang hadir, cukup cantik di mata saya. Namun, jika saya boleh pilih 5 selebriti yang hadir dengan solekan dan dandanan paling cantik, 5 selebriti di bawah inilah pilihan saya. Jom baca.

1) Lais Ribeiro

Amfar Gala 2018

Model asal Brazil yang juga angel Victoria Secret ini tampil dengan solekan yang cukup minimal namun masih nampak memukau. Solekan hasil dandanan Patrick Ta (antara jurusolek kegemaran saya) ini cukup kemas dan on point. Saya sukakan setiap solekan mata hasil Patrick. Seperti Lais, solekan eyeliner itu berjaya menaikkan seri solekannya pada malam itu.

2) Ashley Graham

Amfar Gala 2018

Antara yang hadir dengan busana paling cantik malam itu, model plus-size ini kongsi cara hendak tampil seksi di karpet merah. Hadir dengan dandanan rambut updo serta dandanan ala tumbling ringlets di bahagian hadapan rambut membawa sedikit eleman edgy ke dalam look keseluruhannya malam itu. Saya juga sukakan solekan matanya yang diadun dengan highlighter di bahagian dalam kelopak mata membuatkan matanya tampak lebih bersinar. Dia juga bijak memilih solekan natural untuk dipadankan bersama aksesori di telinganya itu.

3) Hailey Baldwin

Amfar Gala 2018

Masih dengan selebriti yang tampil serba minimal menerusi solekannya, namun apa yang menarik perhatian saya adalah dandanan rambut Hailey. Dia tampil begitu bersahaja dengan tocang lipan di bahagian atas kepala kemudian dinokhtahkan dengan half bun. Mungkin kamu akan lihat gaya sebegini di Coachella, namun kini kamu dapat melihatnya di majlis gala seperti ini. Sesuai dengan busananya serba putih, Hailey juga memilih solekan berona tanah, rona selamat namun masih mampu memukau mata yang melihat.

4) Halsey

Amfar Gala 2018

Hadir dengan look ikonik bak Marilyn Monroe pada malam itu sememangnya menarik perhatian ramai. Dia tampil dengan gaya rambut pendek ber volume dan berona platinum, manakala solekan bibirnya pula dioles rona merah menyala. Dilengkapi bulu mata lebat, hanya satu perkataan saya boleh ungkap untuk Halsey, klasik.

5) Joan Smalls

 

Amfar Gala 2018

Saya selalu kagum dengan selebriti yang tampil dengan solekan mata smoky merah apabila ke acara-acara formal sebegini. Dan Joan Smalls adalah antaranya. Dia tampil dengan solekan mata merah jambu cantik pada seluruh mata dan sepadan dengan suit nya pada malam itu. Bukan semua akan nampak cantik apabila menyarung solekan mata merah jambu sebegini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE