SEARCH

Apa?!?! David Beckham Ada Produk Grooming Sendiri?

Apa?!?! David Beckham Ada Produk Grooming Sendiri?

Mungkin kamu takkan menjadi David Beckham, tapi percubaan menjadi dia dengan menggunakan produknya ini mungkin berbaloi.

Ya, saya juga terkejut sebenarnya pabila bangun dua pagi yang lalu dengan berita ini yang dipecahkan di Instagram. Sehari sebelumnya memang saya dah perasan David Beckham meletakkan post something big coming up. Tapi saya tak menyangka ia adalah tentang produk grooming nya sendiri. Oh, selebriti punya rangkaian baju sendiri, so 2017. Tetapi their own grooming line, ya itu worth talking about in 2018. Apalagi untuk rangkaian produk grooming lelaki.

Beckham, 42 tahun mengumumkan projek terbarunya ini bersama 13 rangkaian produk grooming, House 99, dari produk rambut hingga ke pelembap juga untuk jambang dan tattoo.

“Saya teruja berkongsi tentang House 99 dengan semua orang di dunia.”

Katanya lagi, “Bagi saya grooming bukan hanya tentang rupa paras kamu tetapi juga apa yang kamu rasa. Ia tentang merasa selesa, mencuba perkara baru dan membentuk rupa kamu seterusnya. Saya mencipta House 99 untuk memberi inspirasi kepada semua juga produk yang tepat untuk dirasai dan selesa bagai di rumah pabila menggunakan.”

Beckham juga bekerjasama dengan pakar dunia kecantikan, L’oreal dalam membangunkan rangkaian ini. Tetapi memang tepat benarlah langkah Beckham ini kerana dia sememangnya terkenal sebagai jejaka yang gemar bereksperimen dengan penampilannya. Baik dari segi pakaian begitu juga dengan penjagaan diri dan potongan rambut.

Saya pasti pengalamannya bermain dengan banyak produk memberinya cukup pengetahuan untuk menghasilkan yang terbaik bagi rangkaian produknya sendiri. Kerana itu juga dia sendiri amat terlibat dari formula, hingga kepada rekaan dan packaging – kesemuanya mencerminkan amalan stail dan kecemerlangan groomingnya sendiri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE