SEARCH

5 Solekan Att Yusof Yang Menjadi Kegemaran Kami Boleh Kamu Cuba

5 Solekan Att Yusof Yang Menjadi Kegemaran Kami Boleh Kamu Cuba

Mungkin ada yang sudah mengenali namanya. Mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengar namanya. Att Yusof, seorang jurusolek dan namanya semakin meningkat naik selepas menyolek wajah nama-nama besar seperti Zahirah MacWilson, Najwa Mahiaddin serta ramai lagi. Saya juga tertarik dengan hasil solekannya baik pada wajah dia sendiri atau juga pada wajah lain yang disoleknya. Dan jika kamu perasan, berdasarkan solekan yang sering digayakannya, seolah ada satu signatur. Pada saya, Att ini kelihatannya seperti suka bereksperimen di dalam solekan dan setiap kali bertandang ke event, saya sering melihat Att tampil dengan solekan bold. Jom saya kongsikan 5 solekan Att Yusof yang menjadi kegemaran kami dan mana tahu boleh menjadi inspirasi untuk kamu cuba!

1- Solekan Rona Tanah

Att Yusof

Solekan Att yang berpaletkan rona tanah ini bukan sekadar solekan biasa. Langsung tidak nampak flat kerana Att bijak menambah eyeliner glitter rona perak pada bahagian atas kelopak mata untuk memberikan sedikit kelainan. Sebenarnya, aksesori tambahan seperti ini yang membuatkan solekan tampak lebih ekstra.

2- Monokromatik Glamor

Att Yusof

Solekan monokromatik memang popular di kalangan penggemar kecantikan. Saya pasti semua orang pasti sudah mencubanya walaupun sekali. Walaubagaimanapun, apa yang membuatkan saya lebih tertarik dengan solekan monokromatik daripada Att Yusof ini apabila dia memadankan keseluruhan solekannya dengan olesan gincu bibir merah glos. Bibirnya terus tampak ekstra mungil! #LAVVV

3- Solekan Bold

Att Yusof

Antara solekan bold yang pernah digayakan Att Yusof. Dan ini antara yang menjadi kegemaran kami. Padanan pembayang mata rona oren menyala dan layangan pembayang mata rona hitam menjadi pilihan Att. Manakala bibir pula dilayang gincu rona hijau gelap melengkapkan lagi look solekan yang tampak garang ini.

4- Solekan Pastel

Att Yusof

Ramai yang masih takut untuk mengenakan solekan daripada rona-rona pastel. Jika ada yang masih takut, mungkin kamu boleh mencuba seperti solekan yang digayakan Att ini. Oleskan pembayang mata rona lilac bersama layangan gincu rona koral glos seperti Att ini. Hasilnya, bak puteri fantasi!

5- Solekan Dwi-Tona

Att Yusof

Untuk solekan yang lebih kreatif, kamu boleh juga cuba seperti yang dilakar Att ini. Layangkan dua tona pembayang mata yang berbeza kemudian oleskan pada bahagian kelopak juga garis bawah mata. Seperti Att, dia memilih rona oren hangat bersama biru akua. Kemudian keseluruhan wajah lain dibiarkan minimal.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE