SEARCH

Beauty Boys of Instagram: Siapakah Mereka Ini?

Beauty Boys of Instagram: Siapakah Mereka Ini?

Jika dahulu, kita ada Beauty Boys of Instagram seperti Patrick Simondac atau nama Instagramnya @patrickstarrr dan kemudian hadir pula Manny Gutierrez (@MannyMua733). Saya sebut hanya dua, namun ternyata ramai yang sudah menempa nama. Dunia solekan dan kaum lelaki tidak lagi menjadi satu benda asing dalam industri kecantikan hari ini. Malah, mereka ini ternyata lebih berpengaruh dan ada di antara mereka ini yang telah pun menjadi duta kepada jenama produk-produk terkemuka.

Hari ini saya ingin berkongsi lagi dua anak muda yang semakin mendapat perhatian, Reuben de Maid juga Jack Bennett. Agak terkejut saya apabila mendapat tahu seorang daripada mereka berusia 10 tahun dan seorang lagi berusia 12 tahun. Seni solekan yang mereka ada ini ternyata bagai seni seorang jurusolek profesional.

Reuben de Maid

Reuben de Maid semakin popular apabila dijemput Ellen untuk menyertai program The Ellen Show. Bukan itu sahaja, dia turut diberi kejutan oleh Kim Kardashian yang datang menghadiahkannya seluruh produk mekap daripada jenamanya. Berkongsi kisahnya, Reuben seorang yang sangat obses dengan solekan sehinggakan dia dibuli oleh rakan di sekolah.

 

Semenjak saya berusia 8 tahun lagi saya sudah mula menunjukkan minat terhadap mekap. Saya boleh duduk menonton tutorial dan membaca blog selama berjam-jam lamanya. Dahulu saya sering dibuli, saya ada rakan-rakan namun tidak ramai, dan saya juga sering dipukul semasa menyertai kumpulan drama dahulu.”

Walaupun begitu, dia masih utuh dengan minatnya terhadap solekan. Sehingga kini dia memiliki lebih 100 ribu penonton menerusi akaun Youtube.

 

Beauty Boys of Instagram

Gambar: Reuben de Maid

 

Jack Bennett

Manakala seorang lagi yang namanya cukup hebat walau baru berusia 10 tahun iaitu Jack Bennett. Dia antara yang menjadi bualan ramai kini. Masakan tidak, usia baru setahun jagung namun kebolehannya amat saya kagumi. Ibunya yang turut menyokong minatnya itu telah mendaftar satu akaun Youtube sekitar May lalu. Dia tidak menyangka akaun anaknya itu mendapat perhatian ramai hingga menarik 331,000 pengikut. Oleh kerana kebolehannya itu, Jack turut mendapat perhatian jenama mekap popular seperti MAC dan NYX untuk berkolaborasi bersama. Untung badan!

Beauty Boys of Instagram

Gambar: Jack Bennett

Adakah mereka ini bakal mengikut jejak langkah ‘abang-abang’ senior mereka seperti Patrick Star, Jefree Star, Manny Gutierrez, Bretman Rock dan ramai lagi? Wajah-wajah ini lah sekarang yang telah mendominasi dunia kecantikan kini. Dan ternyata ramai yang sememangnya menyokong dan tidak kisah jika mereka ini menjadi beauty guru mereka. Satu yang kita tahu, lelaki dan bedak asas atau gincu bibir dan pembayang mata, kini bukanlah satu benda asing lagi buat kita, bukan?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE