SEARCH

Beauty Essentials: 5 Item Kecantikan Yang Perlu Kamu Bawa Ke Mana-mana Kamu Pergi

Beauty Essentials: 5 Item Kecantikan Yang Perlu Kamu Bawa Ke Mana-mana Kamu Pergi

Kalau namanya pun wanita, pastinya akan ada satu pouch khas untuk simpan barang-barang mekap di dalam tas tangan, bukan? Saya percaya setiap wanita pasti akan membawa bersama sekurang-kurangnya satu benda. Seperti seorang teman yang saya kenali, langsung tidak tahu bersolek, akan tetapi dia sangat obses dengan lip tint serta tidak boleh hidup tanpanya! Kalau saya pula, bukan sekadar satu, malah tiga! Bukan hanya mahu mengisi produk mekap, tetapi produk penjagaan muka juga saya jinjit ke mana-mana. Namun di sini saya ingin kongsikan antara 5 jenis beauty essentials yang perlu kamu bawa ke mana jua kamu pergi kerana 5 produk ini sudah cukup mampu untuk mengubah hidup kamu!

1.     Krim CC

Beauty Essentials

Krim CC ini adalah formula baharu yang dicipta selepas krim BB di mana ia lebih ringan dan membantu melitupi kulit kemerahan dan kusam lalu kulit muka tampil lebih sekata. Senang kata, ia ibarat tinted moisturizer. Kebanyakan krim CC ini juga hadir bersama formulasi SPF dan memberikan perlindungan lebih daripada sinar UV matahari. Pilihan saya ialah krim CC daripada IT Cosmetics ini kerana ia memberi perlindungan SPF50+. Bukan itu sahaja, ia memberi litupan penuh serta memiliki formula yang membantu merawat tekstur, kecerahan serta membuatkan kulit lebih terhidrat.

2.     Krim Tangan

Beauty Essentials

Hand cream is essential too! Semua orang wajib ada satu krim tangan kerana kita semua tahu tapak tangan antara bahagian yang paling banyak bekerja dan mudah menjadi kasar jika tidak dijaga. Tidak perlu bawa yang sebesar-besar botol, pilih sahaja saiz mini seperti pilihan saya ini Almond Coconut Milk Hand Crème daripada Laura Mercier ini kerana ia mudah disumbat di dalam tas tangan. Aromanya juga cukup menenangkan kerana ia dihasilkan daripada campuran buah almond, minyak kelapa, jasmin, ylang-ylang, vanila, kasturi dan pelbagai lagi yang diinspirasikan daripada aroma French Patisserie.

3.     Minyak Wangi

Beauty Essentials

Haruman sangat penting. Dan saya juga percaya setiap daripada kamu juga pasti tidak boleh keluar rumah tanpa menyembur minyak wangi bukan? Bak kata Coco Chanel, “A woman who doesn’t wear perfume has no feature.” Haruman sebenarnya antara faktor yang dipercayai turut membantu meningkatkan tahap keyakinan diri apabila bertemu orang luar. Namun satu pesan saya, janganlah sembur melampau. Cara betul pakai minyak wangi adalah dengan semburnya pada titik-titik nadi seperti belakang cuping telinga, pergelangan tangan, leher dan bahagian dalam siku. Pilihan saya sudah tentu haruman daripada Jo Malone London iaitu haruman adunan Wood Sage bersama Sea Salt yang cukup menyegarkan ini!

4.     Mist Muka

Beauty Essentials

Terutama sekali buat kita yang berada di negara panas, mist muka antara item yang harus ada di dalam pouch mekap kita. Mist ini mampu melegakan kulit wajah yang kepanasan kerana ia membekalkan antioksida yang mencukupi pada kulit agar kekal terhidrat sepanjang masa. Bukan sahaja itu, buat kamu yang sering ke gim juga, ini adalah salah satu item yang perlu ada bersama kamu. Bahkan kini pula, semakin banyak jenama mengeluarkan mist muka mereka dalam pelbagai jenis aroma terapi. Pilihan saya, sudah tentu daripada jenama organik Melvita ini iaitu Damask Rose Floral Water. Bukan sekadar membekal hidrasi pada kulit wajah, malah membantu merawat semula kulit daripada dalam.

5.     Pencuci Muka

Beauty Essentials

Pelik bukan, tetapi percayalah dengan adanya pencuci muka travel size di dalam tas tangan kamu, ia mampu merubah segalanya. Kadang-kala kita rasa kulit sudah tidak segar kerana seharian bekerja di luar. Bayangkan rasa melekit dan berminyak. Ewwww! Jadi, saya sarankan bawa satu pencuci muka ke mana sahaja. Apabila muka rasa tidak bermaya, ambil masa lima minit untuk mencuci dan kemudian re-apply mekap pada wajah yang tidak bermaya tadi. Pastinya feeling itu akan terasa lebih berbeza dengan wajah yang lebih segar walaupun hari sudah menjelang petang! Bagi saya pula, Kiehl’s Ultra Facial Cleanser ini adalah penyelamat saya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan membersih jauh ke dalam kulit tanpa membuatkan kulit kering dan terhakis.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE