SEARCH

Lebih Segar! Saya Senarai Beauty Look Selebriti Pilihan Kami Untuk Raya Tahun Ini

Lebih Segar! Saya Senarai Beauty Look Selebriti Pilihan Kami Untuk Raya Tahun Ini

Sudah masuk Hari Raya yang keempat. Bagaimana segalanya setakat ini? Kami pasti kamu semua masih lagi sedang bercuti, masih rancak dalam mood beraya. Seperti minggu yang lalu, kami semua sudah begitu teruja berkongsikan pelbagai tip prep wajah sebelum menjelangnya hari istimewa ini. Bukan itu sahaja, saya juga kongsikan beberapa inspirasi solekan yang boleh kamu gayakan di majlis rumah terbuka Hari Raya ini. Saya pasti kamu semua nampak begitu cantik sekali. Kami pun tidak ketinggalan, bersolek meriah (namun masih berpada-pada) untuk nampak cantik. Dalam kesibukan beraya, sebenarnya saya juga begitu asyik scroll laman Instagram melihat selebriti bergaya sakan. Dan dalam masa sama, saya juga melihat gaya dandanan rambut serta solekan pilihan mereka. Ada yang hadir dengan gaya lebih segar, ada juga yang tampil dengan solekan manis dan minimalis. Jom lihat beauty look selebriti pilihan kami untuk raya tahun ini.

Beauty Look Selebriti Pilihan Kami

Scha Alyahya
Mengenakan gincu bibir merah adalah pilihan yang tepat sekali untuk Scha sepadan dengan busana serba putih. Bukan itu sahaja, gaya potongan rambutnya yang pendek berserta bold bangs memberi aura moden kepada look solekan klasik pilihan Scha.

Beauty Look Selebriti Pilihan Kami

Anzalna Nasir
Manis sekali Anzalna menyarung gincu bibir rona merah jambu lembut sepadan dengan personaliti dirinya yang lembut. Gincu bibir rona ini padan dengan pilihan rona solekan mata Anzalna. Bukan itu sahaja, rambutnya yang serba hitam lebat dan diikat sanggul rendah digaya begitu bersahaja menyempurnakan beauty look Anzalna. Effortless beauty! 

Beauty Look Selebriti Pilihan Kami

Ezzati Amira
She’s the coolest girl in town! Saya cukup tertarik dengan gaya bangs nya yang baru sahaja dipotong sebelum tibanya Hari Raya. Look yang amat stail dan segar. Tidak ramai yang berani menggayakan dandanan rambut sebegini. Namun, Ezzati berjaya membawa look ini dengan sempurna! LAVVV!

Beauty Look Selebriti Pilihan Kami

Fyza Kadir
Seorang lagi selebriti cantik yang pada saya sentiasa nampak cantik dalam apa jua jenis solekan dan dandanan rambut. Antara solekan yang sempurna digayakan di pagi Raya. Tidak perlu terlalu melebih. Seperti Fyza, pembayang mata rona tanah, prep kulit dengan baik, rona gincu bibir natural, sudah cukup untuk memberi hasil solekan yang elegan.

Beauty Look Selebriti Pilihan Kami

Nabila Huda
Berilah apa jua gaya solekan dan dandanan rambut, dia boleh bawa malah dia boleh bikin look itu tampak seksi. Seperti biasa, rona merah menyala menjadi pilihan Nabila. Nabila bijak memilih rona merah yang padan dengan tona kulitnya. Ingat, tidak semua rona merah itu padan dengan tona kulit kita. Bukan itu sahaja, Nabila juga untuk Raya kali ini tampil berambut pendek. Walau tidak begitu beria menggayakan rambutnya, dia masih nampak begitu cantik! She nailed it!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE