SEARCH

#BEAUTYREPORT: 9 Solekan Esktrem Met Gala 2017

#BEAUTYREPORT: 9 Solekan Esktrem Met Gala 2017

#BeautyReport STAIL.MY kini kembali! Bertemakan Rei Kawakubo/Comme des Garçons: Art of the In-Between, majlis Met Gala 2017 berlangsung cukup gilang-gemilang seperti tahun-tahun sebelumnya. Pastinya ramai yang menanti apakah yang bakal menjadi topik dan perbualan dunia. Dan kali ini, karpet merah dibentangkan di Metropolitan Museum of Art New York menampilkan barisan selebriti Hollywood yang hadir menggayakan pelbagai solekan yang mengambil inspirasi ala solekan esktrem bersimbolkan keseimbangan di antara elemen berlebih-lebihan serta dramatik.

Saya cukup tertarik dengan solekan yang digayakan beberapa selebriti. Antaranya seperti Lily Collins yang tampil menarik perhatian mengenakan wig potongan bob berserta bangs, kemudian dipadankan dengan solekan ala gothic. Bibir dicalit rona gelap dan mata dialis maskara gaya spidery.

Manakala Candice Swanepoel pula tampil cukup manis dengan mengenakan solekan mata grafiti dan rambut diikat ponytail tinggi. Joan Smalls pula tampil memukau dengan solekannya yang cukup minimalis dengan hanya mengenakan palet neutral glos namun tampil dengan aksesori mulut.

Selain itu, kehadiran Lupita Nyong’o adalah antara yang saya nanti-nantikan. Bukan sahaja kerana auranya yang sentiasa mempersonakan apabila melalui karpet merah, namun setiap kali dia tampil di khalayak ramai, pastinya solekannya menjadi tumpuan media. Kali ini, Lupita hadir dengan wajah yang polos namun matanya dicalit pembayang mata pelbagai rona-rona pastel mencipta titik tumpuan pada keseluruhan solekannya.

Zendaya juga turut menangkap perhatian saya. Dengan gaya rambutnya yang kali ini dibiarkan lepas dan digayakan lebih kembang. Kemudian dipadankan pula dengan gincu bibir merah cili sudah cukup melengkapkan gayanya yang elegan!

Daripada rambutnya masih panjang sehingga cukup pendek seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, dan kini terbaru dia telah membotakkan seluruh kepalanya! Ya, Cara Delevigne tampil cukup berani untuk majlis Met Gala tahun ini. Setelah membotakkan kepalanya, dia mengecat pula rona metalik silver dan kemudian menatah berlian melengkapkan lagi gaya solekan dia pada malam tadi.

Jom lihat senarai beauty looks pilihan saya sempena majlis Met Gala 2017 ini!

The G in GiGi stands for GLOW ✨ makeup by @erinparsonsmakeup and @maybelline ✨

A post shared by Allure Magazine (@allure) on

 

 

#JoanSmalls arrives rocking the hottest lip trend of the season ?#MetGala

A post shared by Allure Magazine (@allure) on

#LilyCollins hits the #MetGala carpet! |?: John Shearer/Getty

A post shared by People Magazine (@people) on

 

#HalleBerry makes her #MetGala debut in a jaw-dropping sheer jumpsuit! ?|?: Kevin Mazur/WireImage

A post shared by People Magazine (@people) on

D&G

A post shared by Zendaya (@zendaya) on

That eye flick though. ? #HaileeSteinfeld looks SO fierce at the #MetGala.

A post shared by Teen Vogue (@teenvogue) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE