SEARCH

Bella Hadid Dinobat Wanita Tercantik Dunia! Siapa Top5?

Bella Hadid Dinobat Wanita Tercantik Dunia! Siapa Top5?

Pakar pembedahan kosmetik, Dr Julian De Silva mengesahkan peragawati terkenal, Bella Hadid sebagai wanita tercantik dunia berdasarkan sains – ‘The Golden Ratio of Beauty Phi’.

Apa itu ‘The Golden Ratio of Beauty Phi’? Kamu mungkin bertanya.

Ia satu pengiraan bentuk fizikal wajah yang diadaptasi oleh ‘Nisbah Emas’ (Golden Ratio) yang diguna pakai oleh pelukis bagi menyiapkan karya agung mereka pada era Renaissance di Eropah.

Baru-baru ini di The Oprah Winfrey Show, seorang profesor bernama Kendra Schmid membincangkan aspek kecantikan sebenarnya boleh dipanjang melalui kaedah saintifik dan matematik bagi menentukan kecantikan seseorang.

Model yang berusia 23 tahun ini mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 94.35% (berdasarkan peraturan ‘The Golden Ratio of Beauty Phi’). Pengiraan ini termasuk dalam kategori wajah yang sempurna.

Mata, kening, hidung, bibir, rahang & bentuk wajah Bella Hadid dinobat wanita tercantik dunia, diukur dan didapati paling dekat dengan idea ciri-ciri kecantikan wanita Yunani purba

Namun bagi saya, kecantikan itu subjektif. Apa yang menarik pada kamu mungkin tidak menarik pada orang lain. Apa yang kamu katakan cantik, mungkin hodoh di pandangan orang.

Bagi saya, jika kecantikan hanya diukur berpaksikan idea kecantikan barat, sampai bila-bila orang Asia (terutamanya Nusantara) atau orang Afrika tidak dianggap cantik. Dan ini adalah satu tafsiran salah.

Tidaklah saya berkata orang Barat tidak cantik, melainkan kita semua tanpa mengira etnik, sebenarnya punya kecantikan tersendiri yang tidak dipunyai etnik lain.


Emas kamu permata saya. Dan mungkin permata saya, intan dia.

Kecantikan itu luas. Bukan hanya tersekat pada pandangan mata seorang tukang bedah sahaja. ‘Mitos’ dan pemikiran totok seperti ini sepatutnya tidak perlu ditanam lagi untuk dunia yang semakin matang ini. Kita tidak perlu orang putih ‘mengajar’ kita apa itu cantik.

Mahu tidak mahu, kita hidup dalam dunia Eurosentrisme. Perkara-perkara picisan sebegini mungkin dianggap normal oleh sesetengah orang yang berkiblatkan Hollywood. Padahal kecantikan itu menyeluruh. Bukan hanya terhad pada apa yang boleh dilihat mata telanjang.

Terserah kepada kita untuk menjadi lebih bijak dan cerdas, berfikiran lebih jauh dan terbuka supaya tidak hanya menelan 100% apa sahaja yang ‘disumbat’ oleh media asing kepada kita. Tepuk dada, tanya selera.

TOP 2 – Beyoncé Knowles (92.44%)

 

TOP 3 – Amber Heard (91.85%)

 

TOP 4 – Ariana Grande (91.81%)

 

TOP 5 – Taylor Swift (91.64%)

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE