SEARCH

5 Minit Bersama Pakar Kening Benefit Cosmetics Berkongsi Tentang Produk Terbaru, Benefit Brow Styler

5 Minit Bersama Pakar Kening Benefit Cosmetics Berkongsi Tentang Produk Terbaru, Benefit Brow Styler

Bulan lalu saya dijemput Benefit Cosmetics Malaysia menjadi antara media yang pertama untuk sertai previu ekslusif produk terbaru mereka iaitu Brow Styler. Pensel kening 2 dalam 1 ini mampu memberikan hasil solekan paling wow kerana ia bukan sahaja mampu mencipta sekadar satu jenis solekan, bahkan tiga hasil jenis solekan kening berbeza boleh dicipta menerusi pensel kening Benefit Cosmetics ini. Ikuti temu bual santai saya bersama Shanice Yong, Pakar Kening Benefit Cosmetics Malaysia, berkongsi lanjut tentang Benefit Brow Styler ini.

Benefit Brow Styler
1- Bolehkah kamu kongsikan kami dengan lebih lanjut tentang produk ini?

Boleh. Jadi produk Brow Styler ini ialah produk terbaru kami. Hadir dalam dua tekstur akan tetapi kamu boleh mencipta tiga look solekan kening menggunakan produk ini. Bahagian atas styler ialah sejenis pensel wax kalis air untuk mencipta hasil solekan kening yang bersih dan berbentuk.

Manakala bahagian bawah pula ialah styler jenis bedak tabur! Ada cara untuk menggunakan bedak tabur ini. Hayunkan batang styler bedak tabur itu dalam bentuk satu pusaran kemudian ketik bedak berlebihan tersebut barulah kamu layangkan di kening. Kamu boleh layangkan sama ada pada atas layangan pensel wax tadi atau sekadar menyarungnya sahaja. Jadi, kamu boleh lihat menerusi pensel ini, kita boleh cipta tiga looks, sama ada melayangkan pensel wax sahaja atau bedak tabur sahaja atau juga kedua-duanya sekali. Ketiga-tiga teknik ini memberikan hasil wajah yang berbeza.

Jika kamu hendak tahu, konsep produk ini ialah ‘photobooth’. Keluar kening lain, masuk kening lain. Kamu boleh touch-up serta-merta atau jika kamu mahu ubah solekan kening on-the-go. Senang kata, kamu boleh ubah kening dalam masa yang singkat! Yang penting ia mampu bertahan lama sepanjang 18 jam di kening serta kalis air!

2- Apakah perbezaan ketiga-tiga look solekan kening yang boleh dicipta Brow Styler itu?

Untuk pensel jenis wax, ia mampu mencipta solekan kening yang bersih dan kelihatan lebih berbentuk. Lebih kemas. Manakala jenis bedak tabur ini pula buat mereka yang sukakan hasil solekan kening yang lembut dan penuh. Lebih natural. Tetapi, jika kamu mahukan solekan kening yang bold dan lebih berdefinisi, adunkan kedua-duanya. Layang pensel wax dahulu barulah dikemaskan dengan bedak tabur. Hadir dalam lapan rona iaitu kod 1, 2, 3, 3.5, 4, 4.5, 5 dan 6.

3- Bagaimana kita hendak memilih rona pensel kening yang betul untuk wajah kita?

Untuk memilih rona kening yang betul, kita harus tengok pada rona rambut, tona kulit wajah serta rona kening kita. Dan pada sesiapa yang masih keliru atau tidak tahu bagaimana untuk memilih rona yang betul, boleh kunjungi stor Benefit Cosmetics seluruh Malaysia, kami boleh bantu kamu menyelesaikan kebuntuan ini.

4- apakah perbezaan antara produk Brow Styler ini dan produk kening yang lain daripada Benefit Cosmetics?

Mungkin ramai akan kata Brow Styler ini sama seperti produk Goof Proof Brow Pencil kami. Akan tetapi, yang membezakan ialah pada tip nya. Brow Styler hadir dalam bentuk diamond manakala Goof Proof Brow Pencil berbentuk teardrop. Tip yang berbentuk diamond ini lebih membantu apabila kamu hendak membentuk dan memenuhi kening kamu, kemudian boleh menghasilkan solekan hujung kening yang lebih defined. Manakala, tip Goof Proof yang berbentuk teardrop pula lebih senang saya huraikan ialah di mana ia sejenis glide-on pigment, buat kamu yang suka kening nampak pekat dan berwarna, Goof Proof pilihannya. Dan Brow Styler tidak memerlukan spoolie kerana pensel wax sudah mampu memberikan hasil alisan kening yang natural (kecuali jika kamu meletakkan tekanan berlebihan kepada kening kamu menggunakan pensel ini).

5- Adakah Brow Styler ini produk yang sesuai digunakan untuk mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia melakar kening?

Ya, sesuai untuk beginners!  Kamu boleh guna bedak tabur sahaja untuk mencipta hasil solekan kening natural dan lembut. Dan jika kamu hendak cuba kening berbentuk dan berdefinisi, pilih sahaja pensel wax. Very beginner friendly.

Benefit Brow Styler

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE