SEARCH

#BeautyMoment Dalam Muzik Video Terbaru Blackpink, Ddu-du Ddu-du

#BeautyMoment Dalam Muzik Video Terbaru Blackpink, Ddu-du Ddu-du

Saat teaser pertama mereka dikeluarkan untuk album terbaru mereka ini, semua peminat kumpulan K-pop Blackpink ini seakan tidak sabar sekali. Menunggu hampir dua tahun untuk album terbaru mereka dan semestinya menantikan konsep apakah yang ingin mereka bawakan kali ini. Saya juga tidak ketinggalan. Melihat teaser mereka di Instagram, pertama yang terlintas di kepala saya ialah cantik! Solekan dan gaya rambut yang berbeza berbanding konsep album mereka yang terdahulu. Kini, muzik video terbaru mereka sudahpun keluar dengan judul lagu Ddu-du Ddu-du, yang penting, kesemua mereka nampak begitu cantik dan segar sekali. Jom saya senaraikan beberapa #BeautyMoment yang boleh kami lihat di dalam klip muzik video ini.

Blackpink

blackpink

Solekan eyeliner separa

Lisa tampil untuk beberapa saat mempersembahkan solekan ini dan saya yakin ini adalah solekan yang paling mudah untuk kamu cuba. Efek yang membuatkan keseluruhan look kamu tampak lebih edgy dan sesuai untuk kamu gayakan ke parti.

Blackpink

Nail Art

Tidak sah jika tiada tatarias kuku fancy untuk gadis Blackpink ini. Lihat seni tatarias kuku Jennie. Kuku Jennie dihiasi dengan kuku palsu jernih kemudian ditatahkan dengan mutiara di atasnya sebagai perhiasan ekstra. We love it!

Blackpink

Half Top-knot

Selalu kita lihat gaya rambut top-knot ini di mana-mana sahaja. Rose juga tidak ketinggalan menggayakan trend ini di dalam video muzik terbaru ini. Bukan itu sahaja, dia juga tampil dengan gaya rambut baharu berona merah.
Blackpink

Purple Ponytail

Siapa kata rona ungu tidak lagi in? Jennie mengembalikan trend rona rambut ini dan menggayakannya dengan ponytail rendah. Now, we want purple hair! Blackpink

Pink Bob

Jisoo yang memiliki raut wajah manis dan sering tampil dengan gaya yang lebih feminin di dalam kumpulan ini tampil agak berbeza untuk lagu ini. Dia menggayakan rambut potongan bob berona merah jambu. Rona yang masih in hingga kini tampak cantik pada Jisoo. Dipadankan pula dengan gincu bibir serta pembayang mata sepadan menghasilkan look monokromatik manis untuk Jisoo.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE