SEARCH

Sempena Bulan Kesedaran Jerawat, Kami Kongsi Tip Kulit Wajah Mulus & Sihat

Sempena Bulan Kesedaran Jerawat, Kami Kongsi Tip Kulit Wajah Mulus & Sihat

Saya pasti semua pernah mengalami masalah kulit berjerawat. Saya juga pernah melalui fasa kulit wajah teruk dan dipenuhi jerawat sehingga sakit apabila saya menyentuh kulit wajah sendiri. Dan ketika itu, menangis terduduk saya memikirkan mengapa secara tiba-tiba jerawat ini muncul di wajah. Dan baru saya tahu, kulit wajah rosak akibat jerawat ini bukan sahaja muncul daripada simptom penyakit generasi, ia sebenarnya juga cara dan gaya hidup seseorang itu. Bersempena dengan Bulan Kesedaran Jerawat (Acne Awareness Month), saya ingin kongsikan bersama kamu semua tip kulit wajah mulus dan sihat ini.

1

Jika jerawat muncul di wajah bersih kamu, jangan sesekali kamu melawannya atau memicitnya. Sebenarnya kamu harus memberi perhatian dan menjaganya dengan sebaik yang boleh. Bayangkan jika kamu amalkan kekasaran pada bahagian jerawat ini. kamu pilih untuk memicit jerawat ini. Tidakkah kulit kamu kemudiannya akan menjadi lebih rosak akibat parut yang kamu cipta sendiri itu.

2

Jangan terlalu emosi setiap kali jerawat muncul di wajah kamu. Jangan juga terus merendah diri atau rasa tidak berkeyakinan. Sebaliknya, kamu ambil peluang ini untuk merawatnya. Fikir kembali apa yang telah kamu lakukan sebelum ini. Mungkin selama ini puncanya juga datang daripada depresi, rutin penjagaan wajah yang tidak betul dan sebagainya. Cuba kamu abaikan semua masalah mental sebegini, pasti akan ada perubahan pada wajah kamu.

3

Selain itu, pastikan juga kamu tidak terus terpedaya dengan iklan baik di media sosial mahupun televisyen tentang keberkesanan sesuatu produk. Sebaiknya kaji dahulu dan pastikan setiap isi kandungan produk itu baik dan tidak merosakkan kulit wajah kamu. Jangan juga guna pelbagai jenis produk di dalam satu masa. Hanya kerana inginkan wajah bersih dan mulus, kamu lapiskan kulit wajah kamu dengan pelbagai jenis produk, lebih-lebih lagi yang memiliki fungsi sama. Rosaklah kulit!

4

Merawat wajah berjerawat ini sebenarnya mengambil masa. Saya sendiri mengambil masa hampir setahun untuk mengembalikan kulit wajah yang lebih bersih. Disebabkan itulah saya ingin sekali menasihati orang ramai di luar sana agar merawat kulit rosak ini dengan sabar. Ia tidak akan memberikan hasil wajah mulus serta-merta. Perkara ini semua mengambil masa. Dan jika kamu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang seimbang, mungkin ia akan mengambil masa yang lebih cepat untuk kulit wajah kamu pulih.

5

Nasihat saya lagi, jika kamu memiliki kulit jenis sensitif dan berjerawat, jangan sesekali merendah diri atau berasa sedih. Lihat kembali bagaimana cara kamu menjalani hidup. Mungkin jika kamu ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang, mana tahu kamu boleh selamatkan kulit wajah kamu.

Happy Acne Awareness Month and don’t forget to love yourself!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE