SEARCH

#BeautyNews Yang Menarik di Buletin Cantik STAIL Minggu Ini

#BeautyNews Yang Menarik di Buletin Cantik STAIL Minggu Ini

Antara buletin cantik Stail yang perlu kamu ambil tahu minggu ini…

KIEHL’S Lancar Produk Youth Dose Eye Treatment Yang diNanti-nanti Peminat Malaysia!

Buletin Cantik Stail

Kiehl’s Youth Dose Eye Treatment RM169/15ml

Ramai yang masih memandang remeh rutin penjagaan mata dalam kehidupan seharian mereka. Harus diingat, mata ini adalah antara bahagian kulit yang paling cepat menua. Bukan itu sahaja, oleh kerana kita ini sering sahaja menghadap telefon dan skrin komputer, kemudian kerja pula hingga lewat malam, bahagian matalah yang paling jelas ketara menunjukkan wajah penat dan sembap.

Kiehl’s mencipta Youth Dose Eye Treatment khas buat semua peminat kecantikan di luar sana yang mahukan wajah dan kulit sekitar mata nampak sihat dan segar. Dengan adunan bahan berkuasa seperti ekstrak biji anggur, Pro-Retinol dan Vitamin C di dalam produk ini mampu memberi manfaat dan membekalkan lembapan maksima langsung menghalus serta mencerahkan lagi permukaan kulit mata yang lembut ini.

Sila ambil berat soal kulit mata kamu mulai hari ini ya teman-teman!

Save The Date: Pasar Kecantikan L’OCCITANE Pertama di Malaysia

Buletin Cantik Stail

Buat julung kalinya, jenama kecantikan L’OCCITANE Malaysia bakal mengadakan pasar kecantikan istimewa buat kamu semua. Bermula 12 hingga 18 Ogos ini, bertempat di Centre Court Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, jenama yang mengetengahkan produk buatan semula jadi bakal membawa kamu merasai pengalaman seolah-olah melawat pasar kecantikan di daerah Provence, Perancis!

Buletin Cantik Stail

Dengan dekorasi warna-warni serta diselubungi haruman segar, seluruh ruang pasar ini akan membuatkan kamu lebih jatuh cinta dengan jenama L’OCCITANE. Antara pengalaman dan aktiviti menarik yang boleh kamu sertai di pasar cantik ini ialah seperti di gerai Jaubert’s Almond Milk. Di sini kamu berpeluang membuat sendiri susu badam daripada kacang badam. Kunjungi juga gerai Pascale’s Essential Oils untuk melihat sendiri bagaimana kandungan signatur L’OCCITANE, bunga Immortelle diekstrak menjadi minyak pati antipenuaan menggunakan mesin penyulingan Pascale. Banyak lagi aktiviti menarik yang boleh kamu cuba di sana nanti. Dan jangan lupa, lakukan prosedur pra-daftar di www.experienceloccitane.com untuk mengelakkan beratur panjang semasa lawatan kamu nanti.

Nivea Lancar Deodoran Whitening Deep Serum Baharu Dengan Keunikan Ekstrak Ros Hokkaido

Buletin Cantik Stail

Nivea kali ini hadir dengan formula yang lebih intensif membantu memulihara kulit bawah lengan dengan lebih baik lagi. Dengan ekstrak esen ros yang dipetik dari ladang daerah Hokkaido ini kemudiannya disuntik di dalam deodoran istimewa ini membuatkan kulit kamu lebih kekal harum dan segar sepanjang hari. Bukan itu sahaja, dengan adanya gabungan Vitamin C pekat di dalam produk ini memperlihatkan tiga hasil manfaat pada kulit setelah kamu mengoles deodoran ini. Tiga manfaat itu ialah memulih daripada dalam, menjadikan kulit bawah lengan lebih certah dan licin serta lengkap dengan wangian ros mekar.

Turut hadir ialah pelakon popular, Farah Nabilah yang telah dijemput khas untuk merasmikan produk ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE