SEARCH

Kiehl’s Malaysia Bersama Pavilion KL Merai Calendula Raya Sepanjang Bulan Puasa Ini

Kiehl’s Malaysia Bersama Pavilion KL Merai Calendula Raya Sepanjang Bulan Puasa Ini

Sempena pelancaran produk terbaru di dalam rangkaian ikonik Calendula, Kiehl’s Malaysia memilih untuk bekerjasama bersama Pavilion Kuala Lumpur sepanjang bulan puasa ini hingga menjelang Raya ini dan melancarkan pameran eksklusif Calendula Raya. Tujuan utama adalah untuk berkongsi serta memberi pengalaman sebenar kepada pengunjung tentang keistimewaan produk terbaru daripada jenama ini.

Calendula Raya

Seperti semua sedia tahu, rangkaian Calendula antara rangkaian popular di kalangan pelanggan Kiehl’s lantas menjadikan rangkaian ini rangkaian ikonik kerana penerimaannya sangat baik di seluruh dunia. Maka dengan itu, Kiehl’s memilih untuk menambah produk terbaru di dalam rangkaian ini iaitu Calendula Serum-Infused Water Cream.

Calendula Raya

Minggu lalu, Kiehl’s menjemput media, selebriti serta barisan tetamu istimewa untuk merasai terlebih dahulu pengalaman pameran ini yang bertempat di ruang legar pintu masuk utama pusat beli-belah ini. Menempatkan paparan produk bersaiz besar membolehkan pengunjung bergambar kemudian diikuti dengan terowong yang dihiasi dengan bunga mekar Calendula. Pelancaran istimewa ini juga dimeriahkan dengan acara persembahan tarian Melayu tradisional serta diiringi dengan paluan kompang yang cukup meriah.

Calendula Raya

Menurut Pengurus Pemasaran Kiehl’s Malaysia, Andrea Wong,

Ini kali pertama Kiehl’s membuat pelancaran besar-besaran dan bekerjasama untuk bulan puasa dan Hari Raya ini. Yang pastinya, ini bukanlah kali terakhir kami akan adakan acara seperti ini. Dan saya berasa sungguh kagum apabila melihat sambutan Ramadan dan Raya ini bukan sahaja disambut oleh masyarakat Melayu malah turut disambut oleh pelbagai etnik di Malaysia. Ini satu budaya baik, perayaan ini diraikan oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.”

Tentang Calendula Serum-Infused Water Cream RM130/28ml

Calendula Raya

Ia krim wajah yang dihasilkan melalui bahan konsentrasi serum Calendula. Krim wajah bertekstur ringan ini turut diperbuat daripada kelopak bunga Calendula di mana ia memberi manfaat dalam melembapkan lagi kulit wajah yang kering. Selain itu, ia juga mampu memberi hasil kulit wajah yang lebih sekata serta memberikan hasil wajah yang lebih berseri sihat. Bukan itu sahaja, bagi kamu yang mengalami masalah kulit kemerah-merahan juga boleh menggunakan krim wajah ini. Ia sedikit sebanyak dapat membantu meredakan masalah seperti ini.

Calendula Raya

Antara tetamu yang hadir, Daiyan Trisha

Eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur sahaja, pengunjung berpeluang untuk menebus produk sample termasuk produk Calendula Serum-Infused Water Cream ini secara percuma di beberapa lokasi tertentu di dalam pusat beli-belah ini. Bukan itu sahaja, buat kamu yang mahu membeli set Raya Calendula ini, bolehlah juga mendapatkannya secara eksklusif hanya di Pavilion KL. Jangan lupa untuk berkunjung ke pusat beli-belah serta merasai pengalaman istimewa bersama Kiehl’s ini bermula 9 Mei hingga 9 Jun 2019 ini!

Calendula Raya

Princessmeanie, Abby Asmaa, Putreeo, Elena Sui, Aisha Liyana

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE