SEARCH

#KisahSelebriti : Camila Cabello Dedah Rahsia di Sebalik Rambut Kerintingnya… Dan Banyak Lagi!

#KisahSelebriti : Camila Cabello Dedah Rahsia di Sebalik Rambut Kerintingnya… Dan Banyak Lagi!

Haih macam-macam ya kisah selebriti hari ini. Baru-baru ini penyanyi hit Camila Cabello dedah rahsia di sebalik rambut kerintingnya itu. Kemudian tersebar pula kisah pelakon dan sosialit Hollywood, Tori Spelling yang baru-baru ini menghadiri pertunjukan fesyen L.O.L Surprise! O.M.G Winter Disco. Dia dikritik teruk kerana mewarna rambut serta menyolek anaknya yang baru sahaja menginjak usia 11 tahun. Macam-macam! Dan yang terakhir sekali, the new queen of pop, Ariana Grande, baru-baru ini melepaskan rambutnya yang selama ini digaya signatur high pony tail di konsert jelajahnya di Jerman.

Rahsia Sebenar di Sebalik Rambut Kerinting Camila Cabello

 Camila Cabello Dedah Rahsia

Siapa sangka, di sebalik rambut kerinting cantik, lembut dan kemas ini sebenarnya ialah hasil rawatan perm. Kami sangka ia rambut asli milik Camila kerana dia pernah memberitahu bahawa rambutnya ialah lambang kepada gayanya yang bold serta personalitinya yang lebih berkeyakinan. Gaya rambut kerinting dan padanan bangs ini ialah gaya yang sudah sebati dengan penampilan wanita ini.

Kisah ini dibongkar ketika baru-baru ini dia ditemu bual di majlis meraikan kerjasamanya bersama L’Oréal Paris,

Saya membuat rawatan perm dan semenjak itu saya menjadi lebih berkeyakinan. Dan saya sebenarnya memiliki rambut yang lurus, akan tetapi saya sebenarnya sangatlah menginginkan dandanan rambut kerinting ini.”

Sempat dia berkongsi tip dan rutin penjagaan rambutnya itu,

Saya syampu, kemudian menggunakan perapi, juga Curl Balm, dan kemudian saya biarkan rambut kering semula jadi. Saya tidak menggunakan pelurus rambut atau apa juga alatan styling. Trik saya lagi, sisirkan bangs ke belakang telinga untuk mendapatkan efek dan bentuk wajah yang lebih lembut – they just frame my face so well.”

Tori Spelling Dikritik Mekap Serta Mewarna Rambut Anak Di Parti Hari Jadi Anaknya

Kata orang, you don’t want to mess with this mama! Itulah yang dilakukan Tori Spelling, membalas balik kritikan pedas netizen terhadap dirinya. Semuanya bermula apabila Tori berkongsi dan memuat naik gambar dia dan keluarganya (suami dan tiga anaknya) di pertunjukan fesyen L.O.L Surprise! O.M.G Winter Disco. Dan di dalam gambar itu, dilihat Stella (11 tahun) dan Hatti (7 tahun) bersolek tebal dan mewarna rambut.

Apalah salahnya sekali-sekala, Tori mendandan anaknya dengan sedikit ekstra ke parti kanak-kanak itu. Namun, bagi netizen, ia adalah satu kesalahan. Mulalah komen-komen tidak enak ditinggalkan di ruang komen foto itu.

Apa ni, menyolek dan mewarna rambut anak-anak ini?”

“Mereka terlalu muda untuk semua ini Tori!!!!”

Namun, agaknya barisan pengkritik tegar ini tidak perasan di sebalik kapsyen Tori berkongsi ia adalah parti yang bertema “sparkle, and fun” dipenuhi dengan glitters, serta adanya stesen mekap dan rambut di parti tersebut khas untuk kanak-kanak yang hadir.

Terus Tori membalas komen netizen tanpa rasa bersalah,

“It was a come dressed as your favorite LOL Doll party. Every kid there had pretend hair color and fun makeup and dresses! Theme party.”

Tambahnya lagi,

“Kamu tidak mahu membenarkan anak-anak kamu bermain dress up untuk parti kostum bertema seperti ini? Itu amat menyedihkan.”

Ingat, jangan kamu mom-shaming orang sesuka hati haha.

#STAILLAVV Ariana Grande Lepas Rambut di Konsert Jelajahnya, Arianators Terus Menggila!

Bukan senang ya hendak lihat Ariana Grande melepaskan rambut sepenuhnya. Mungkin ada tetapi tidaklah selalu. Baru-baru ini di konsert jelajahnya di Hamburg, Jerman, dia tampil mengejutkan peminatnya dengan gaya rambut barunya itu. Apa lagi, Arianators semua terus naik gila!

Rambut panjangnya dibiar lepas kemudian digaya sleek dengan padanan dua aksesori barrette berkemilau sebagai pelengkap gaya pentasnya malam itu. Rambut panjang hampir mencecah paras pinggang itu mungkin dicapai dengan bantuan extensions seperti pernah dia gayakan di konsert jelajahnya di Chicago sebelum ini.

Kalau saya yang berada di konsert itu pun akan jadi tidak tentu arah juga. Lihatlah antara reaksi peminat di Twitter,

“Ariana performing with her hair down. That’s it that’s the tweet.”
“You see Ariana with her hair down and your life is restarted.”

Ramai juga yang memberi respons positif dan suka dengan gaya rambut lepasnya itu. Mereka turut berharap selepas ini Ariana akan sering dilihat dengan gaya seperti ini pula. Lebih segar!

Kamu pula suka yang mana?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE