SEARCH

Capai Solekan Glow Untuk Inspirasi Solekan Raya Kamu Nanti

Capai Solekan Glow Untuk Inspirasi Solekan Raya Kamu Nanti

Jika kamu ingin tahu tip untuk mencapai solekan glow, saya tahu rahsianya. Lagi pula Raya semakin tiba, pastinya kamu ingin kelihatan serba cantik bukan, apabila berkunjung sanak-saudara dan teman-teman. Bila sebut tentang solekan glow, sudah tentu salah satu triknya adalah penggunaan produk highlighter (selain daripada menerusi rutin penjagaan wajah yang betul). Namun, masih ada yang tidak tahu cara menggunakan highlighter dengan betul. Jika digunakan secara berlebihan, solekan kamu akan serta-merta tampak tidak natural. Mari saya kongsi tip dan teknik terbaik menggunakan highlighter untuk kamu capai solekan glow natural di hari Raya nanti.

1- Cari produk highlighter yang kena dengan tona kulit kamu

Mesti kamu perasan produk highlighter ini ada pelbagai jenis rona. Tidak semua itu sesuai dengan semua jenis kulit. Saya sarankan kamu pilih mengikut jenis undertone (tona kulit bawah) kamu. Jika kamu memiliki tona kulit bawah jenis sejuk, pilih produk yang memiliki asas merah jambu, manakala jika kamu memiliki tona hangat, pilih sesuatu yang berunsur emas atau rona seperti champange di dalam highlighter kamu. Dan buat kamu yang memiliki tona kulit bawah jenis neutral, kamu boleh sarungkan apa jua jenis highlighter buat kulit kamu!

2- Guna berus kecil untuk olesan highlighter di wajah

Jangan pula kamu guna berus pembayang pipi untuk menyapu highlighter ini. Berus yang kecil dan berbulu empuk adalah berus yang paling sesuai sekali. Ingat, layangan highlighter tidaklah seperti kamu memakai pembayang pipi. Sekali layang sahaja sudah cukup lagi-lagi di bahagian atas tulang pipi. Dan jika susah untuk kamu mencari berus jenis kecil seperti ini (kerana saya tahu, terlalu banyak berus di pasaran dan mampu memeningkan kepala kamu!), berus solekan berbentuk kipas tangan juga antara berus yang boleh kamu guna.

3- Cara menggunakan highlighter dengan betul

Hendak tahu rahsia solekan highlighter yang betul? Ini caranya, layangkan di bahagian tulang kening, di tengah-tengah pangkal hidung, tulang pipi dan pada bahagian muncung bibir. Hasilnya, solekan kamu akan tampak lebih berseri-seri dan natural.

4 PRODUK HIGHLIGHTER PILIHAN KAMI

Tarte Skin Twinkle Lighting Palette Vol. II RM179

Capai Solekan Glow

MAC Cosmetics Mineralize Skinfinish Highlighter RM142

Anastasia Beverly Hills Sugar Glow Kit RM190

dUCk Cosmetics You Glow Girl Face Palette RM113

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE