SEARCH

Cara Delevingne Didik Orang Ramai Apa Itu Erti Kecantikan Sebenar

Cara Delevingne Didik Orang Ramai Apa Itu Erti Kecantikan Sebenar

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan gaya berani Cara Delevingne tampil di karpet merah Met Gala 2017 dengan berkepala botak. Dan semalam, dia telah memuat naik status seakan fed up dengan dunia hari ini yang sibuk menghakimi gaya terbarunya itu. Gambar yang dimuat naik itu adalah gambar yang dirakam oleh papparazi ketika dia baru sampai di lokasi penggambaran filem di Toronto.

Dia mengarang statusnya di Instagram dengan menyuarakan mengapa dia harus mendapatkan approval orang lain hanya untuk membuat sesuatu perkara yang menggembirakan dirinya. Bagi Cara, dia tidak perlu mengikut ‘standard’ kecantikan sedia ada jika dia mahu mendefinisikan kecantikan mengikut kefahaman dirinya sendiri. Malah dia mahukan kecantikan itu ditakrif sebagai sesuatu yang lebih bersifat dalaman.

Seperti semua sudah tahu, Cara yang membuat keputusan memotong rambutnya beberapa hari yang lalu adalah kerana dedikasi yang diberikan untuk filem romantik terbarunya, Life In A Year, yang turut menampilkan Jaden Smith.

Bagi saya, Cara adalah seorang wanita yang berani dan memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi. Malah dia mampu menyangkal persepsi kecantikan klise dan membuktikan kecantikan itu bukan sekadar pada luaran, malah juga dalaman. Betul katanya, jika kita semua membotakkan kepala, buang segala mekap di wajah, who are we? You go, girl!

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE