SEARCH

Ini Dia Carian Kecantikan Terbanyak di Google Untuk Tahun 2019

Ini Dia Carian Kecantikan Terbanyak di Google Untuk Tahun 2019

Jika tahun lalu, industri kecantikan kecoh dengan trend bulu mata magnet, maka dengan itu carian Google tentang bagaimana hendak menampal bulu mata magnet ini menjadi antara carian utama tahun 2018. Bagaimana pula dengan tahun ini? Setelah melihat kepada rumusan Google, ternyata sebenarnya kebanyakan carian pada tahun ini adalah rata-rata tentang teknik asas dalam kecantikan. Apakah itu? Mari kami kongsi carian kecantikan terbanyak di Google untuk tahun 2019 ini.

Pertama sekali, seperti yang kita tahu, tahun ini trend kuku tampal (stick-on nail-art) amat popular. Bermula daripada jenama Color Street yang merevolusikan trend ini. Maka, carian paling banyak tahun ini ialah jatuh kepada,

1- How to Apply Color Street Nails

Khabarnya jenama ini menjadi buah mulut ramai bermula di Facebook apabila ada forum yang diwujudkan khas untuk menjual produk ini. Kemudian barulah trend kuku tampal jenis ini menjadi popular. Bahkan kini ada banyak lagi jenama sudah mula menjual nail art tampal ini antaranya seperti jenama Dashing Diva yang mudah kita (di Malaysia) peroleh di Sasa, Watsons juga Hermo.

Selain daripada carian di atas, ini antara carian-carian terbanyak telah disenaraikan Google untuk tahun ini.

2- How to apply fake lashes
3- How to apply blush
4- How to apply toner
5- How to apply liquid foundation
6- How to apply individual lashes
7- How to apply coconut oil to hair
8- How to apply self-tanner
9- How to apply mascara
10- How to apply primer

Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah antara teknik-teknik asas dalam solekan. Berdasarkan daripada carian ini, apa yang boleh kita rumuskan, masih belum terlambat untuk kamu belajar atau kembali kepada asas. Dunia hari ini didedahkan dengan pelbagai teknik dan trend terbaru yang kadang-kala membuatkan kita sendiri keliru, maka Internet lah tempat kita untuk memastikan teknik yang digunakan mereka adalah yang paling tepat. Dan jika kamu semua hendak tahu, trend bagaimana hendak menyarung bulu mata palsu ini masih utuh dalam carian Google walaupun sudah disenaraikan semenjak dua tahun yang lepas. Rupanya masih ramai yang keliru cara bagaimana hendak memakai bulu mata palsu dengan betul.

P/s: Ada tak di antara pembaca STAIL yang masih keliru dengan teknik asas di atas? Kalau ada, kongsikan bersama kami. Kami di sini sedia membantu!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE