SEARCH

Kristal Swarovski Mimik Solekan Freckles di Pentas Musim Luruh 2019 Christian Siriano

Kristal Swarovski Mimik Solekan Freckles di Pentas Musim Luruh 2019 Christian Siriano

Pelbagai trend kecantikan menarik dapat kita saksikan di pentas musim luruh 2019 Minggu Fesyen New York yang sedang berlangsung kini. Namun solekan di pentas Christian Siriano telah menambat hati saya. Bukan sahaja persembahan busananya, malah persembahan dari segi beauty look nya juga mengujakan kami semua. Dan seperti yang kita semua tahu, koleksi Siriano ini sering memperlihatkan konsep memperkasa wanita. Siriano tidak mengehadkan konsep ini sekadar pada busananya, dia juga memastikan kecantikan wanita itu juga menyerlah. Dengan tatahan batu kristal menjadi mimik solekan freckles, ternyata mengangkat seni solekan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Bak kata jurusolek Erin Parsons,

Ia menyinar dan berkilauan bak koleksi musim ini.”

Menurut Parsons lagi, pada mulanya Siriano sekadar mahu menggunakan batu rhinestone sebagai aksesori utama pada wajah model, namun Parsons memilih untuk menggunakan kristal Swarovski.

Konsep sebenarnya ialah saya mahu mencipta solekan wajah ala mengenakan kelubung. Mungkin kamu nampak ia seolah seperti solekan freckles atau juga beauty marks.”

Bukan itu sahaja, mungkin ramai menganggap batu kristal Swarovski ini diletak secara rambang pada wajah. Sebenarnya tidak. Kedudukan setiap batu ini sama pada semua wajah model.

Christian Siriano

Selain batu kristal menjadi fokus utama solekan ini, solekan mata menggunakan maskara rona biru ini juga amat menarik perhatian. Pada saya satu kombinasi yang cukup segar dan estetik. Gabungan gaya glamor batu kristal bersama elemen solekan moden rona elektrik biru. Parsons turut berkongsi di mana maskara rona ini sesuai digayakan sebagai solekan harian.

Seronok apabila dapat menggayakan solekan wajah yang segar dengan kombinasi maskara mata biru ini.”

Solekan wajah Parsons untuk pentas Siriano ini dilengkapkan dengan calitan rona perak metalik pada bahagian sudut dalam mata untuk memberikan efek mata lebih besar. Kemudian keseluruhan bahagian wajah yang lain dibiarkan polos dengan olesan solekan yang minimum.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE