SEARCH

Syarikat Kosmetik Coty Beli Saham Terbesar Kylie Cosmetics pada Harga $600 Juta

Syarikat Kosmetik Coty Beli Saham Terbesar Kylie Cosmetics pada Harga $600 Juta

Gambar: Thomas Whiteside

Seiring dengan gelarannys The World’s Youngest Self-Made Billionaire, Kylie Jenner tidak pernah berhenti bekerja, senantiasa sibuklah. Bulan lalu dia melancarkan koleksi percutian tambahan Kylie Cosmetics untuk Ulta secara eksklusif termasuklah koleksi kit bibir, produk-produk heronya yang bersaiz mini,  palet pembayang mata serta highlighter. Kemudian minggu lalu, dia mengumumkan pula pelancaran koleksi percutian yang baharu di laman sesawang Kylie Cosmetic miliknya itu. Semua akan lebih menggila kerana katanya koleksi kali ini bermain dengan rona-rona serta tekstur kemilau dan formulasi yang lebih bagus. Bukan itu sahaja, tiga hari lalu, satu berita tergempar memecah sunyi industri kecantikan! Percaya atau tidak, syarikat kosmetik Coty beli saham terbesar Kylie Cosmetics pada harga $600 juta. Wow!

Buat kamu yang tidak mengetahui tentang syarikat kosmetik yang cukup besar, Coty ini, mereka juga menaung Max Factor, Rimmel, OPI dan banyak lagi jenama popular di bawahnya. Mereka dikatakan membeli sebanyak 51 peratus saham untuk Kylie Cosmetics juga Kylie Skin, dan memiliki perancangan lebih besar untuk menembusi pasaran dunia. Walau apapun, Kylie Jenner masih akan menjadi wajah kepada jenama ini malah segala idea kreatifnya juga tidak akan diketepikan sama-sekali. Jangan risau.

Coty Beli Saham Terbesar Kylie Cosmetics

Gambar: Jeff Kravitz/FilmMagic

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coty, Pierre Laubies,

Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Kylie ke dalam organisasi dan keluarga kami. Menggabungkan visi kreatif Kylie dan kepentingan pengguna yang tidak dapat ditemui menerusi kepakaran dan kepemimpinan Coty dalam produk kecantikan berprestij ini antara langkah seterusnya yang menarik dalam transformasi yang akan kami sediakan. Kami juga akan memanfaatkan kekuatan utama kami iaitu dalam aspek wangian, kosmetik dan penjagaan kulit dan membolehkan jenama Kylie mencapai potensi sepenuhnya.”

Sedikit-sebanyak tentang Kylie Cosmetics buat kamu yang masih tidak tahu. Kylie Jenner melancarkan jenama ini sekitar 2015 dengan kit bibirnya yang cukup popular dan sering sold out di laman sesawangnya. Dan sejak itulah, jenama Kylie dikatakan semakin berkembang dan mendapat keuntungan yang cukup memberangsangkan. Tahun lalu, Forbes melaporkan Kylie telah mengaut keuntungan lebih $360 juta membuatkan dia satu-satunya jutawan termuda di dunia merampas takhta yang sebelum ini pernah dipegang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook) juga Bill Gates (Pengasas Microsoft).

Sama-sama kita nantikan rencana menarik yang bakal dibentangkan Coty dan Kylie Cosmetics ini! Tak sabar!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE