SEARCH

#SayWhat Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan? Kamu Tak Mahu Lakukannya Setelah Tengok Gambar-Gambar Ini

#SayWhat Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan? Kamu Tak Mahu Lakukannya Setelah Tengok Gambar-Gambar Ini

Isu pembedahan kosmetik untuk haiwan peliharaan ini sebenarnya sudah lama popular di luar negara terutama sekali di Korea Selatan. Budaya ini agak normal di kalangan sesetengah mereka namun semestinya mendapat tentangan daripada animal lover di seluruh dunia termasuk juga beberapa klinik estetik di Korea Selatan.

Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan

Walau belum pernah saya dengar dan lihat dengan mata sendiri tentang kucing diperlaku sebegitu, namun jika kamu lihat bagaimana anjing-anjing peliharaan ini (gambar) diperlakukan sebegitu atas kehendak dan kemahuan si pemiliknya, pasti kamu juga menentang perbuatan ini habis-habisan.

Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan

Gambar: Caviare

Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan

Memang ada sesetengah pembedahan plastik boleh dilakukan ke atas haiwan peliharaan ini atas sebab-sebab tertentu seperti tulang patah atau atas sebab kesihatan. Manakala pembedahan plastik secara kosmetik yang sering dijalankan adalah seperti surgeri Entropion (untuk bahagian kelopak mata), stretch mark, botoks, tail shortening, ear trimming (untuk kepercayaan membawa tuah kepada tuannya) dan juga surgeri yang membetulkan masalah seperti sindrom brachycephalic yang melibatkan bahagian lelangit mulut haiwan tersebut.

Menurut satu artikel menerusi laman CBS News beberapa tahun lalu, satu prosedur surgeri yang normal dilakukan ke atas haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing adalah prosedur Neuticles. Prosedur ini adalah sejenis implantasi silikon yang dimasukkan ke dalam tubuh haiwan ini bagi menggantikan bahagian testis yang dikeluarkan oleh doktor haiwan. Menurut syarikat Neuticles ini, lebih 500,000 haiwan melakukan prosedur ini semenjak 1995 lagi.

Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan

Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan

Gambar: Star Planet

Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan

Gambar: Instabrown

Beberapa minggu lalu, dunia internet mula menghebahkan kembali tentang isu ini dan ternyata mendapat tentangan dan pelbagai respons daripada netizen. Antaranya ialah komen yang dibuat oleh seorang wanita yang diberi nama Lim. Dia memiliki anak anjing berusia lima bulan. Pengalamannya ke veterinar tersebut hanya untuk mendapatkan servis vaksin namun perkara lain pula yang berlaku.

“Setelah meneliti wajah anak anjing saya, veterinar menunjukkan jarak ruang yang bisa dilihat di mulut anak anjing saya dan kemudian bertanyakan, “Tidakkah kamu lihat pemandangan ini agak tidak cantik jika dilihat daripada perspektif kosmetik?”

That is even worst…

Pembedahan Kosmetik Untuk Haiwan Peliharaan

Persoalannya, adakah ia sesuatu perkara yang perlu dilakukan? Ada sesetengah yang dilakukan atas sebab kesihatan sememangnya harus dilakukan, namun semakin hari semakin ada yang gemar membuat keputusan di luar kotak logik mereka. Hanya sekadar suka-suka dan mahu mengimplementasikan obsesi cantik mereka terhadap haiwan peliharaan mereka, ternyata tidak berbaloi. Kami berharap di Malaysia, manusianya lebih sedar bahawa perkara seperti ini hanya akan menyakitkan lagi haiwan peliharaan kamu. Yang penting, jangan pentingkan diri sendiri. Ingat tu…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE