SEARCH

#SayWhat Rutin Cantik Emily Ratajkowski Mencecah RM3300

#SayWhat Rutin Cantik Emily Ratajkowski Mencecah RM3300

Setiap daripada kita tahu penjagaan kulit wajah itu amatlah penting. Dan teknik menjaga wajah ini ada pelbagai jenis. Jika yang punya duit lebih sikit, mungkin memanjakan diri di spa setiap bulan. Rawatan rambut juga setiap bulan. Dan bagi saya yang biasa-biasa ini pula, apabila sekali-sekala dapat memanjakan diri dengan produk-produk penjagaan wajah premium sudah cukup buat saya gembira. Dan tidak semua produk premium ini berkesan untuk semua jenis kulit. Maka, pasti ada antara kita yang sedar atau tidak telah mencuba trend di mana kita mencampur-aduk produk mahal serta murah di dalam satu rutin penjagaan wajah. Begitu juga dengan Emily Ratajkowski yang turut mengamalkan trend ini. Dan sedar tidak sedar, selepas berkongsi temubual bersama Coveteur, model ini punya rutin cantik sahaja sudah mencecah RM3,300. Dan itu baru rutin cantik sebelah malam sahaja!

“Walau sesibuk mana pun saya pada hari itu, saya pasti akan menjaga baik kulit wajah saya. Saya akan pastikan wajah dicuci bersih, diteruskan dengan rutin exfoliate kulit wajah dan kemudian bergantung dengan apa kondisi kulit wajah ketika itu. Ini kerana saya mengguna produk yang berbeza-beza.”
Emily Ratajkowski
“Saya menggunakan pencuci muka jenis exfoliate dan yang mengandungi ekstrak pokok teh. Dan saya juga menggunakan pencuci muka jenis exfoliate daripada Kiehl’s yang kebiasaannya digunakan oleh lelaki. Untuk harian pula, saya akan mengunakan pencuci muka biasa daripada Kiehl’s.”

Manakala rutin sebelah malam, Ratajkowski mengamalkan penggunaan produk yang lebih mewah.

“Saya menggunakan retinol, dan saya sangat sukakan produk Joanna Vargas Super Nova Serum. Produk ini memberi kesan yang menakjubkan pada kulit wajah saya.”

Produk Joanna Vargas Super Nova Serum itu sahaja sudah mencecah lebih RM1000. Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi rutin cantik terakhirnya iaitu krim muka daripada Dr. Barbara Sturm Face Cream Rich yang bernilai lebih daripada RM900. Dan jika kulitnya berasa kering, dia akan menyapu minyak muka Sisley Black Rose Oil yang mana harganya juga mencecah hampir RM1000.

Ini cara Ratajkowski untuk mencapai kulit wajah terbaiknya. Kita semua punya rutin dan teknik tersendiri. Kongsi bersama kami bagaimana pula rutin cantik kamu!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE