SEARCH

Kami Terbang Ke Seoul Sempena Pelancaran Koleksi Terbaru Etude House

Kami Terbang Ke Seoul Sempena Pelancaran Koleksi Terbaru Etude House

Apabila mendapat tahu saya akan ke Seoul untuk acara ini, hati saya mula berdebar. Ini kerana, ketika saya sedang lagi berborak bersama PR daripada Etude House Malaysia katanya akan ada pengumuman istimewa berlaku sepanjang acara itu (yang mana ia juga adalah antara highlight utama kami ke sana).

Korek punya korek cerita, kata PR itu kumpulan wanita tersohor Korea Selatan, Red Velvet, akan membuat kemunculan untuk koleksi terbaru yang akan dilancarkan nanti. Dan bukan itu sahaja, mereka juga bakal dirai sebagai duta terbaru Etude House. Sayajadi lebih teruja dua minggu sebelum terbang ke Seoul.

Ini bukan pertama kali saya ke sana, namun saya anggap trip kerja saya kali ini ternyata lebih menyeronokkan…

Pada malam pertama kami di Seoul, kami dijemput untuk ke acara welcome dinner di Namsan J. Grange House bersama team Etude House global serta media-media lain yang hadir seperti dari Indonesia, Dubai, Singapura dan Jepun.

Bahagian pertama yang saya lihat saat menjejakkan kaki ke dalam dewan besar itu adalah pameran gincu bibir terbaru yang bakal dilancarkan esok hari oleh Etude House bersama Red Velvet. Apa lagi saya pun mengambil peluang untuk mencuba setiap satu gincu bibir itu. Diberi nama Matte Chic Lip Lacquer, 5 daripada 12 ronanya adalah bersempena dengan nama-nama ahli kumpulan Red Velvet.

Dari kiri, saya, Tin Yen (Etude House Malaysia), rakan media, Aisha Liyana, Pauline dan rakan media di malam Welcome Dinner

Etude House

Saya mencuba Etude House Matte Chic Lip Lacquer terbaru

Etude House

Acara demonstrasi solekan oleh Dave Kim

Malam itu turut diserikan dengan demonstrasi solekan oleh Jurusolek Etude House, Dave Kim. Kami juga berpeluang untuk mengenali jenis warna yang sesuai dengan tona kulit menerusi stesen Etude House Color Counseling yang turut disediakan di situ.

Keesokan harinya adalah hari yang dinanti-nantikan. Kami di bawa ke Dongdaemun Plaza yang bertempat di bandar Dongdaemun. Lokasi yang di mana konsert saban tahun Etude House, Pink Play Concert kali ini diadakan. Semenjak tengahari lagi sudah kelihatan peminat beratur panjang untuk menyaksikan konsert ini.

Namun sebelum konsert bermula, kami bersama media-media lain telahpun masuk dahulu ke dalam plaza ini untuk sesi sidang media secara eksklusif bersama Red Velvet.

Tepat jam 4 petang, acara sidang media bermula. Bersama hos istimewa petang itu, Kim Ji Min, yang sering membuat kami tergelak dengan keletahnya memulakan sesi temu bual bersama jurusolek selebriti, KyungMi Shin.

Etude House

Jurusolek Selebriti, KyungMi Shin, berkongsi tentang tip solekan Red Velvet

Selepas itu, akhirnya saat yang dinanti-nantikan, kemunculan Red Velvet. Di saat sidang media berlangsung,

Etude House

Muse terbaru Etude House, Red Velvet

Ia satu penghormatan buat kami untuk menjadi duta kepada jenama kosmetik Etude House, dan kami pastinya akan memberi yang terbaik.”

Selesai sesi sidang media, kami terus menuju ke ruang konsert. Antara line-up menarik pada tahun ini adalah kumpulan Red Velvet, DinDin, Babylon dan Eddie Kim.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE