SEARCH

Obses Dengan Eyeliner Warna, Kami Kongsi 4 Pensel Mata Pilihan Musim Ini

Obses Dengan Eyeliner Warna, Kami Kongsi 4 Pensel Mata Pilihan Musim Ini

Pensel penggaris mata atau pensel eyeliner sudah lama popular dalam dunia kecantikan, dan ia trend yang tidak akan pernah bosan untuk digayakan. Rona hitam sudah biasa digayakan dan sememangnya rona yang cukup klasik. Akan tetapi hari ini kita ingin bercakap tentang eyeliner warna. Seperti mengenakan gincu bold, begitu juga mengenakan eyeliner berwarna ini. Ia buat wajah nampak berbeza, ceria dan mesra. Dan tidak semestinya solekan eyeliner warna ini hanya layak digayakan ke parti-parti sahaja, kini kamu boleh cipta solekan harian menggunakan solekan ini.

Namun, seperti mana kamu menyarung gincu di bibir, begitu juga kamu sarung pensel mata berwarna ini. Mesti ada keseimbangan. Kalau tersilap langkah, solekan wajah boleh tampak terlalu dramatik dan comot. Kami cadang jika kamu ingin mengenakan eyeliner berwarna ini, layangkan hanya pada titik tumpuan wajah kamu sahaja. Jangan oles bak solekan smokey ya. Biar tampak minimal dan tidak keterlaluan. Kemudian, jangan juga gayakan solekan ini dengan padanan gincu bibir merah atau pun mengenakan solekan strobing mengilau. Silap-silap wajah tampil seperti badut nanti. Jika kamu pilih ingin menggayakan solekan eyeliner warna ini, biarkan bahagian wajah lain tampil minimal, gaya rambut juga begitu. Cukup sekadar layangan pemerah pipi rona merah jambu, serta gincu rona-rona lembut.

Kami kongsi 4 Pensel mata pilihan kami

Eyeliner Warna

Sephora Collection Retract Waterproof Eyeliner RM42

Eyeliner Warna

Marc Jacobs Beauty Fineliner Ultra-Skinny Gel Eye Crayon (Edisi Terhad) RM95

Eyeliner Warna

Stila Stay All Day Waterproof Liquid Eye Liner RM99

Eyeliner Warna

Sephora Collection Colorblock Liner Sunny Day RM41

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE