SEARCH

The New Generation of Beauty: Rihanna & Fenty Beauty Bakal Buat Semua Peminat Mekap Menggila!

The New Generation of Beauty: Rihanna & Fenty Beauty Bakal Buat Semua Peminat Mekap Menggila!

Say whatttt, selepas muzik, fesyen, filem, minyak wangi, kini Rihanna melebarkan sayap empayarnya ke dalam dunia mekap pula. Seperti semua sudah tahu, kisah Fenty Beauty sudah mula menjadi buah mulut peminat seluruh dunia sejak April tahun yang lalu apabila syarikat mewah LVMH mengumumkan bahawa mereka bakal bekerjasama bersama Rihanna dan pelaburan hampir 10 juta dolar dilaburkan bersama untuk beauty partnership ini.

Walaupun kemudian dibiarkan senyap seketika dan terus meninggalkan tanda tanya kepada peminatnya seluruh dunia, ia tidak berakhir di situ. Rihanna terus-menerus membuatkan kita semua terus bertanda-tanya. Ini kerana pada Februari yang lalu, dikhabarkan LVMH sudahpun memulakan pencarian Jurusolek Global mereka untuk jenama ini.

Dan kini segalanya telahpun confirmed apabila dua hari lalu Rihanna mengumumkan di laman Twitter juga Instagram miliknya di mana dia membongkar berita gembira tentang pelancaran Fenty Beauty yang bakal menemui peminatnya musim luruh ini. Masih ingatkah lagi ketika di pentas Fenty x Puma musim panas yang lalu apabila jurusolek mendedahkan di mana salah seorang model menggunakan gincu bibir holografik milik jenama ini? Cukup cantik dan tidak sabar rasanya hendak melihat koleksi penuh jenama ini!

Fenty Beauty

Fenty Beauty

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE