SEARCH

#WeLavvv Solekan Blackpink Di Festival Muzik Coachella Minggu Kedua

#WeLavvv Solekan Blackpink Di Festival Muzik Coachella Minggu Kedua

Antara yang mendapat perhatian di Festival Muzik Coachella tahun ini sudah tentu kumpulan K-pop wanita nombor 1, Blackpink kerana ini kali pertama kumpulan K-pop wanita diberi penghormatan membuat persembahan di festival muzik nombor satu dunia ini. Sudah tentu pentas Coachella minggu pertama memberi debaran yang tidak terhingga buat Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose. Namun setelah tamat persembahan satu jam mereka, terus persoalan seperti “Who’s that girl with ponytail?” , “Who is that girl with red hair?” dan “They are amazing!” mula berleluasa di media sosial serta menjadi tanda tanya mereka yang berada di festival itu.

Blackpink

Minggu lalu di pentas Coachella, yang menarik perhatian saya sudah tentu pada solekan mereka. Berbeza dengan solekan di minggu pertama, kita dapat lihat Jennie dan Rose kali ini berani bermain dengan solekan yang lebih ekstra. Saya percaya itu yang diingini Jennie dan Rose. Manakala Lisa dan Jisoo memilih untuk menggayakan solekan yang sama dan ‘selamat’, Jennie dan Rose memilih untuk mengenakan solekan festival.

Festival Muzik Coachella

Lebih cantik jika mereka berempat bereksperimen dengan gaya rambut yang lebih pelbagai mengikut tema ‘festival’. Ini kerana sejujurnya agak serabut saya melihat rambut Jennie, Jisoo dan Rose yang dibiar lepas itu dan kemudian diganggu pula dengan tiupan angin kuat di atas pentas bagai menyekat sedikit-sebanyak pergerakan mereka ketika membuat persembahan. Namun, ia bukanlah masalah besar. Dengan adanya tim glam yang bertungkus-lumus memastikan mereka nampak cantik. Sekembalinya mereka di set kedua, mereka nampak begitu segar sekali, rambut bagai baru di set walaupun sebelum itu agak serabai beberapa kali ditibai angin.

Festival Muzik Coachella

Lihat solekan Jennie yang bermain dengan tatahan batu yang ditampal pada bahagian sudut dalaman mata. Jennie ini sebenarnya punya satu solekan signatur pada matanya. Solekan yang minimal namun mampu membuatkan matanya tampak tajam dan seksi. Dipadan pula dengan tatahan batu kemilau ini membuatkan seluruh solekannya pada malam itu tampak wow sekali.

Festival Muzik Coachella

Manakala Rose pula memilih untuk menatah batu kemilau di bahagian atas keningnya. Solekan tipikal festival, namun sebenarnya jarang sekali kita melihat ia digayakan terutama sekali oleh artis K-pop. Ini kerana sebagai peminat setia industri muzik pop Korea, saya belum pernah melihat artis-artis wanita mereka melayang solekan ala Barat mahupun festival seperti ini. Jika ada pun, mungkin satu dua… Kudos Blackpink!

Gambar: desertsun

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE