SEARCH

7 Gaya Rambut Sesuai ke Parti Inspirasi Billboard Music Awards 2017!

7 Gaya Rambut Sesuai ke Parti Inspirasi Billboard Music Awards 2017!

Mata pasti tertumpu kepada si cantik manis (yang menjadi hos buat kali pertama), Vanessa Hudgens di majlis anugerah Billboard Music Awards yang berlangsung semalam bukan? Cukup dengan laporan cantik kerana kali ini saya tidak mahu menumpu pada siapa yang miliki hasil mekap terbaik sebaliknya saya ingin berbicara tentang rambut. Setelah membelek satu persatu gambar karpet merah anugerah ini, saya boleh rumuskan, setiap hasil gaya rambut selebriti-selebriti ini sebenarnya boleh kamu jadikan sebagai rujukan gaya rambut untuk digayakan kamu ke parti. Daripada stail bald hingga lah ke wet look, everything’s perfect. Antara ingin cuba atau tidak sahaja! Jom lihat 7 gaya rambut Billboard Music Awards 2017 pillihan saya di bawah.

Gaya Rambut Billboard Music Awards 2017

1.     Vanessa Hudgens

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, Vanessa Hudgens kembali berambut pendek adalah juga bersempena kemunculannya di Billboard Music Awards 2017. Dan ternyata, hasil solekan dan tatarias rambutnya pada hari itu langsung tidak mengecewakan. Malah bagi saya, dia tampil yang paling cantik sekali! Rambut bob nya digaya bersahaja bagi mendapatkan hasil yang lebih lembut dan feminin.

Gaya Rambut Billboard Music Awards 2017

2.     Lea Michele

This hairstyle is everything! Sanggul yang ditarik kemas di atas kepala namun bahagian depan rambutnya jika dilihat, ia sebenarnya digayakan belah tengah kemudian disatukan pada sanggulnya. Lea membuktikan gaya rambut sanggul ala ke gim ini juga boleh tampak cool dan cantik. Jika kamu memilih gaya rambut seperti ini ke parti, jangan lupa padankan dengan gincu bibir yang bold dan fokuskan juga kepada solekan alis kening.

Gaya Rambut Billboard Music Awards 2017

3.     Rita Ora

Mungkin kamu akan kata gaya rambut jenis wetlook ini sudah biasa. Ya, memang benar. Setiap acara karpet merah, paling tidak pasti ada seorang yang mengenakan gaya rambut ini. Tetapi tahukah kamu gaya ini tidak pernah sekalipun tampil lapuk dek zaman? Saya percaya gaya rambut ini pasti ada dalam pemikiran kamu jika kamu ingin menggayakan rambut ke parti malam. Mungkin kamu mahu tiru gaya rambut Rita ini yang disisir rapi ke belakang dengan sedikit sentuhan gaya separa basah pada rambut.

Gaya Rambut Billboard Music Awards 2017

4.     Hailee Steinfeld

Sekali lagi, gaya wet hair menjadi pilihan saya. Kali ini digayakan Hailee. Namun ia berbeza dari gaya rambut Rita Ora. Jika dilihat, bahagian depan digayakan separa basah ala-ala baru keluar dari kamar mandi (bak kata jurudandannya, Gregory Rusell) manakala bahagian belakang rambutnya digayakan ala mermaid waves yang pada saya mengingatkan kepada gaya rambut ala princess. Akan tetapi, tidak bermakna gaya rambut manis seperti ini tidak sesuai ke parti. Lihat sahaja Hailee, rambutnya dipadankan dengan mekap smokey, sudah sempurna untuk kamu ke parti.

Gaya Rambut Billboard Music Awards 2017

5.     Gwen Stefani

Gaya rambut Gwen Stefani ini bagi saya mampu menampakkan lagi sisi muda ibu hot ini. Rambut ditarik kemas ke belakang dan diikat ponytail tinggi. Bukan itu sahaja, ponytail tinggi itu juga dibiarkan sisir kembang ala-ala Barbie doll ini membuatkan Gwen tampak cukup manis. Ya, bagi kamu yang memiliki personaliti lembut atau juga sukakan gaya yang comel, mungkin kamu boleh ambil inspirasi dari gaya rambut Gwen ini.

Gaya Rambut Billboard Music Awards 2017

6.     Halsey

Sekali lagi, bald head menjadi tumpuan di karpet merah. Jika sebelum ini kepala botak Cara Delevingne menjadi perbualan hangat seluruh dunia, maka siapa sahaja yang ingin berkepala botak akan turut juga menjadi perhatian lebih lagi di dalam dunia kecantikan. Namun, Halsey sememangnya sudah sinonim dengan gaya rambut ini sejak dahulu lagi. Dan bagi saya, jika kamu ingin tampil berani, why not cuba gaya seperti ini.

Gaya Rambut Billboard Music Awards 2017

7.     Camila Cabello

Curtain bangs and sleek hair, satu kombinasi yang cukup sempurna! Bagi saya, jika kamu mahu tampil tidak terlalu menonjol namun masih memiliki percikan aura di majlis parti kamu, apa kata tiru gaya rambut Camila ini. Her bangs is perfect!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE