SEARCH

Trend Rambut: 4 Inspirasi Gaya Rambut Bronde Terbaik Untuk Kamu

Trend Rambut: 4 Inspirasi Gaya Rambut Bronde Terbaik Untuk Kamu

Apa itu gaya rambut bronde? Bukan blonde, bukan juga brunette. Bronde ialah teknik rona rambut yang dihasilkan menerusi kombinasi rona coklat dan blonde. Dan pada kami, rona ini sesuai digayakan untuk apa jua musim dan tidak pernah lapuk dek zaman. Malah ia juga boleh digayakan oleh semua orang dalam pelbagai gaya. Baik yang berambut panjang mahupun yang berambut pendek. Dan jika kamu tidak pernah mewarnakan rambut lagi dan tidak mahukan perubahan yang ketara pada rambut kamu, mungkin kamu boleh mencuba rona bronde ini. Ia tidaklah terlalu terang, namun ia boleh membuatkan penampilan kamu itu lebih terserlah.

Antara selebriti yang sering tampil dengan rona rambut bronde ini adalah seperti Khloe Kardashian, Gigi Hadid, Gisele Bündchen, Behati Prinsloo dan ramai lagi. Ia bagai gaya signatur mereka ini. Apa tunggu lagi, mari saya senaraikan inspirasi gaya rambut bronde selebriti Holywood yang terbaik untuk kamu cuba.

Golden Bronde

Gaya Rambut Bronde

Siapa tidak kenal dengan supermodel Gisele Bündchen ini. Kita juga tahu bahawa Bündchen sering tampil dengan gaya rambut yang sama, panjang mengurai dan sering digayakan Hollywood wave.  Dia juga sering tampil dengan rona bronde namun dengan suntikan rona blonde emas.

California Bronde

Gaya Rambut Bronde

Gigi Hadid sering tampil dengan rona rambut ini dan tidak pernah gagal untuk tampil cantik baik di hadapan mahupun belakang lensa kamera. Rona blonde ciuman matahari ini dipadukan bersama highlight rona karamel menjadi pilihan penggaya rambut Gigi. Bukan itu sahaja, rambutnya juga sering dibiarkan gelap pada bahagian akar rambut untuk memberi lebih definisi pada keseluruhan penampilan rambutnya.

Ashy Bronde

Gaya Rambut Bronde

Khloe Kardashian juga memiliki gaya rambut bronde terbaik. Dia sering tampil dengan pelbagai tona bronde. Dan gaya ashy bronde ini adalah salah satu pilihan terbaiknya. Jika dilihat rapi, untuk penampilan ini, Khloe mewarnakan rona ash blonde pada bahagian berdekatan akar rambut.

Bronde Wave
Gaya Rambut Bronde

Rona ini juga cantik dipadan dengan mereka yang memiliki dandanan rambut seperti beach wave dan mereka yang berambut potongan bob. Ia membuatkan rona ini nampak lebih menyerlah dan kena dengan mood musim panas. Seperti yang digayakan Jessica Alba ini, kita dapat lihat, bahagian akar rambutnya dibiarkan rona rambut semula jadi dan kemudian bahagian selebihnya hingga ke hujung rambut diwarnakan menggunakan teknik highlight.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE