SEARCH

Gaya Rambut Cool Selebriti Lokal Inpirasi Trend Kecantikan Terkini Pilihan Milenial

Gaya Rambut Cool Selebriti Lokal Inpirasi Trend Kecantikan Terkini Pilihan Milenial

Kamu mahukan sesuatu kelainan pada diri kamu? Saya sarankan kamu tukar gaya rambut kamu yang sekarang. Asyik dengan pilihan gaya yang selamat sahaja, cuba kamu tukar kepada sesuatu yang lebih segar. Daripada rambut panjang mengurai, kamu cuba gaya bob cut, kalau sudah biasa dengan gaya rambut lurus, cuba voluminous curl. Sini saya kongsi inspirasi gaya rambut selebriti dan influencer lokal yang boleh kamu cuba.

 

Gaya Rambut Cool Selebriti Lokal

Vanizha Santhanathan

Baru sahaja memotong rambutnya yang panjang mengurai dan mencuba gaya kerinting kekal ini untuk memberi nafas baharu kepada penampilannya. We love it! Kami rasakan ini adalah gaya yang bakal menjadi trend terbaru selepas ini. Lihat sahaja model lokal kita, Tuti, yang juga tampil dengan gaya rambut sebegini. Ini membuatkan kita mengimbas kembali ke era 90-an dahulu!

Gaya Rambut Cool Selebriti Lokal

Scha Alyahya

Antara selebriti yang berani menggayakan potongan rambut sebegini. Jika kamu tanya saya, ini adalah gaya rambut tercantik pernah Scha gayakan. Selebriti Malaysia sering tampil dengan gaya rambut yang selamat dan biasa sahaja, pada saya, Scha berjaya menebas persepsi klise ini. Jika kamu mahukan gaya rambut yang berbeza dan tidak mahu bersiap beria, gayakan sahaja effortless seperti Scha Alyahya.

Gaya Rambut Cool Selebriti Lokal

Kittie Yiyi

Siapa tidak kenal dengan Kittie Yiyi. Sentiasa tampil dengan gaya rambut signatur bold bangs nya itu. Kittie bijak menggayakan gaya rambut sebegitu dan sering tampil dengan solekan yang padan. Kalau kamu mahukan look seperti ini, pastikan rajin untuk stailkannya setiap hari!

Gaya Rambut Cool Selebriti Lokal

Aisyaah Aziz

Antara selebriti yang berani mewarnakan rambut dengan rona-rona terang. Dan Aisyaah memilih rona platinum sebagai rona rambut pilihannya. Jika kamu mahu mencuba rona lain daripada yang lain, pilih platinum. Jangan takut! Belum cuba belum tahu!

Gaya Rambut Cool Selebriti Lokal

Ezzati Amira

Pertama kali melihat penampilan rambut baharu Ezzati adalah ketika Raya yang lalu. Dia mencuba gaya bangs yang begitu pendek. Pada saya, this look is super cool! Ia buat penampilan keseluruhan kamu nampak lebih high fashion.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE