SEARCH

Kami Kongsi Inspirasi Gaya Rambut Malas Untuk Kamu Si Pemalas Bersiap

Kami Kongsi Inspirasi Gaya Rambut Malas Untuk Kamu Si Pemalas Bersiap

Lazy hairstyles for lazy girls! Itu yang ingin saya kongsikan hari ini. Saya yakin pasti kamu ada hari-hari malas kamu, bukan? Penat sebenarnya hari-hari hendak stail kan rambut, hari-hari hendak tampil bersiap dan berdandan cantik. Sayalah antara orang dalam golongan itu. Nama sahaja Penulis Kecantikan, tetapi bila pagi itu, kadang-kala tiada masa hendak membuat rambut. Kalau rajin, saya akan ketap luruskan sahaja rambut menggunakan GHD Styler kegemaran saya. Kalau tidak, saya lebih selesa gayakan loose bun, top knot atau sarungkan saja aksesori rambut. Sedar tak sedar, saya jugalah antara orang yang sudah menguasai beberapa stail rambut malas ini. Sebenarnya kamu juga boleh, gaya rambut malas tidak semestinya hanya tertumpu pada satu gaya sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi, dan kamu juga boleh menguasainya dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja! Nah, usah bicara panjang lagi, di sini saya ingin kongsikan beberapa gaya rambut malas sebagai inspirasi buat kamu yang tidak sempat untuk mendandan rambut di pagi hari. Jangan risau, gaya rambut malas ini masih mampu buat kamu tampil sempurna dan stailish!

Gaya Rambut Malas

Aksesori rambut kini ada banyak jenisnya. Barrette dan klip rambut kini telah kembali menjadi trend. Bahkan, aksesori rambut seperti cekak tebal juga menjadi pilihan ramai kini. Gunakan aksesori ini sebagai pelengkap gaya malas kamu. Tidak semestinya barrette dan klip kamu gayakan di balik telinga kamu. Gayakan seperti foto inspirasi di atas. Lain daripada yang lain.
Gaya Rambut Malas

Tidak semestinya kamu gayakan half top knot tinggi sahaja untuk pelengkap gaya kamu. Gayakan top knot kamu rendah dan padankan dengan aksesori rambut seperti kain bandana ini. Cantik!

Gaya Rambut Malas

Kalau hendak tampil lebih berbeza, gayakan tocang nipis pada gaya halt top knot kamu tadi. Tidaklah tampak terlalu ‘malas’ penampilan kamu itu.

Gaya Rambut Malas

Hendak lebih berseni, beranikan diri menggayakan rambut seperti foto di atas. Gaya yang begitu effortless namun jika pandai menggayakan, kamu pasti tampak cool dan stailish.

Gaya Rambut Malas

Ini gaya rambut malas kegemaran saya, sleek low bun. Mudah digayakan dalam apa jua persalinan. Jika kamu malas hendak mendandan rambut, cuba gaya rambut ini sahaja. sesuai buat kamu yang berambut panjang serta pendek paras bahu!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE