SEARCH

#MustHave GHD, Innisfree dan Eucerin Antara Yang Menarik Harus Kamu Miliki Minggu Ini

#MustHave GHD, Innisfree dan Eucerin Antara Yang Menarik Harus Kamu Miliki Minggu Ini

Masih tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit wajah kamu ataupun mahu mencuba sesuatu yang baru? Kami ada solusinya untuk kamu. Baru-baru ini, jenama GHD, Innisfree dan Eucerin lancarkan produk terbaru mereka. Apakah produk itu? Biar kami senarai untuk kamu apa yang harus itu!

ghd Lancar ghd Ink on Pink Collection

Sempena ulang tahun ke-15 kempen pink collection yang dijalankan ghd dalam membantu mengumpul dana untuk pesakit-pesakit kanser payu dara di seluruh dunia, kali ini mereka memilih untuk berkolaborasi bersama artis tatu, David Allen.

GHD, Innisfree dan Eucerin

David Allen, artis tatu yang berpangkal di Chicago ini cukup dikenali dan dihormati kerana hasil karya aslinya dalam menyembunyikan parut mastektomi pada tubuh pelanggan menggunakan tatu.

GHD, Innisfree dan Eucerin

Sudah hampir 10 tahun Allen membantu wanita untuk tampil cantik kembali setelah berjaya melawan penyakit kanser payu dara ini. Cacahan tatu berbentuk flora dan feminin serta kisah di sebaliknya inilah menjadi inspirasi sebenar Allen dalam mereka kembali produk ikonik ghd.

Untuk kamu yang berminat, bolehlah mendapatkan koleksi edisi terhad ghd platinum+ dan ghd gold stylers in di Sephora Malaysia serta salon terpilih.

Eucerin Perkenal Hyaluron-Filler Vitamin C Booster

Baru dilancarkan bulan yang lalu, produk Hyaluron-Filler Vitamin C Booster ini produk inovasi penjagaan kulit wajah daripada rangkaian antipenuaan terbaru oleh jenama ini.

GHD, Innisfree dan Eucerin

Menampilkan 10 peratus formula Vitamin C asli dalam bentuk serbuk konsentrasi yang segar yang mana pengguna harus mengaktifkannya terlebih dahulu sebelum menggunakan keseluruhan produk ini. Bukan itu sahaja, dengan kombinasi unik Vitamin C aktif bersama teknologi 40x Hyaluron kecil bakal menghasilkan kulit wajah yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan halus di wajah. Dalam masa tujuh hari sahaja kamu boleh lihat hasilnya, ini kerana sekali lagi, konsentrasi Vitamin C yang terkandung di dalam produk terbaru Eucerin ini memiliki kuasa booster sebanyak 200 kali ganda lebih tinggi daripada sebiji buah oren.

Sertai Acara Menarik di Innisfree Jeju Cherry Blossom Tone-Up Pop Up!

Kamu pasti teruja setiap kali Innisfree tampil dengan produk terbaru, bukan? Kali ini, mereka tampil dengan koleksi #JejuCherryBlossom yang berfungsi dalam mencerah serta menghidratkan kulit wajah agar tampil lebih lembap dan bersinar.

Dan bersempena dengan pelancaran rangkain terbaru mereka ini, Innisfree berbesar hati ingin menjemput inni-friends dan penggemar produk kecantikan ke Jeju Cherry Blossom Tone-Up Pop Up yang bakal diadakan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang bermula dari 17 September hingga 6 Oktober ini.

GHD, Innisfree dan Eucerin

GHD, Innisfree dan Eucerin

Lengkap dengan dekorasi bunga Cherry Blossom sebagai hiasan utama #ToneUpPopUp ini, kami yakin kamu akan teruja apabila kamu berkunjung ke sini. Setibanya kamu di lokasi #ToneUpPopUp ini, kamu akan disambut dengan sebotol gergasi Jeju Cherry Blossom Tone-Up Cream dan kamu boleh mengabadikan foto bersamanya di Instagram. Selain itu, kamu juga boleh menerokai beberapa stesen yang disedikan di #ToneUpPopUp ini.

Empat produk terbaru diperkenalkan di dalam rangkaian ini iaitu Jeju Cherry Blossom Tone-up Cream, Jeju Cherry Blossom Jelly Cream, Jeju Cherry Blossom Lotion dan Jeju Cherry Blossom Skin. Kesemua ini dihasilkan daripada ekstrak Jeju Cherry Lead dan Betaine semula jadi yang berfungsi menghasilkan kulit wajah lebih cerah, lembap dan lembut. Buat kamu yang mahu sertai #ToneUpPopUp ini, kunjungi lokasi terakhir mereka bermula 4 hingga 6 Oktober ini di Premier Terrace, pusat beli-belah Lot 10!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE