SEARCH

#BeautyMoment: 10 Beauty Look Ikonik Gigi Hadid Paling Kami Suka

#BeautyMoment: 10 Beauty Look Ikonik Gigi Hadid Paling Kami Suka

Siapa tidak kenal dengan figura bak patung Barbie, Gigi Hadid. Kisahnya menjadi perhatian tiga hari lepas apabila hubungan cinta manisnya bersama Zayn Malik akhirnya putus selepas dua tahun lamanya. Well, yang bagusnya bukanlah pergaduhan besar menjadi punca, namun kerana kesibukan karier masing-masing yang memaksa mereka untuk memilih haluan masing-masing. Takpe, jodoh itu kan di tangan tuhan… Kalau ada jodoh tidak ke mana, Namun, bukan cerita itu yang ingin saya kongsikan hari ini. Hari ini, saya ingin kongsikan 10 Beauty Look Ikonik Gigi Hadid paling saya suka!

Gigi Hadid sememangnya model jelitawan. Memiliki hampir 39 juta pengikut di Instagram, Gigi sering dilihat memuat naik gambar-gambar cantik yang menyerlahkan lagi kecantikan dirinya. Dia sememangnya layak bergelar ikon cantik suatu hari nanti kerana bukan sahaja pandai bergaya, malah dia juga seorang pencinta mekap. Masakan tidak kolaborasinya bersama Maybelline begitu berjaya sekali.

Jika kamu melihat Gigi Hadid, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran kamu? Jika kamu tanya saya, sudah tentu rambut panjang, sihat dan ikal mayangnya menjadi kegilaan saya. Bagaimana Gigi jaga rambutnya? Dia berkongsi bersama W Magazine,

“Saya tidak boleh melakukan apa-apa pada rambut saya. Saya hanya perlu pastikan ia kekal sihat. Dan jika saya ada masa cuti, saya akan sapukan minyak kelapa pada rambut dan kemudian ikat sanggul dan jangan membasuhnya. Boleh mandi, tetapi saya tidak akan sentuh rambut saya selama tiga hari dan biarkan minyak kelapa meresap ke dalam rambut. Dan setelah tiga hari, sudah tiba masa untuk cuci. Dan bila cuci, saya akan syampu kemudian bilas, dan kemudian syampu kembali. Ini kerana air tidak akan sampai langsung pada rambut saat cucian pertama kerana rambut masih dalam keadaan berminyak.”

Jom lihat antara 6 Beauty Look Gigi Hadid yang ikonik yang saya stalked menerusi akaun Instagramnya! 

 

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

Gigi Hadid

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE