SEARCH

Saya Senarai Gincu Bibir Stailish Bawah RM100 Yang Harus Kamu Miliki

Saya Senarai Gincu Bibir Stailish Bawah RM100 Yang Harus Kamu Miliki

Wanita dan gincu bibir tidak boleh dipisahkan. Paling tidak pun, seorang wanita itu sekurang-kurangnya pasti memiliki satu gincu bibir. Dan jika kamu tanya saya, sememangnya saya seorang yang obses dengan gincu bibir. Ingat lagi, gincu bibir pertama saya adalah daripada MAC, apakah pula gincu bibir pertama kamu? Dan pasti ada antara kamu yang sudah bosan asyik menyarung gincu bibir yang sama, bukan? Saya juga begitu. Apa kata kemaskini meja solekan kamu dengan menambah koleksi gincu baharu bulan ini. Yang paling penting, saya senaraikan gincu bibir stailish bawah RM100 terbaik harus kamu miliki.

1- Elianto Brilliant Riche Lip Colour RM29.90

Gincu Bibir Stailish Bawah RM100

Saya yakin trend krim bibir jenis matte masih menjadi kegilaan lagi sehingga ke hari ini. Jika kamu juga sukakan gincu bibir berkemasan ini, cuba krim bibir daripada Elianto ini. Ia diperbuat daripada formula ringan, tahan lama dan memiliki bahan pelembap di dalamnya. Ia tidak akan mengeringkan bibir malah ia juga tidak mudah ditanggalkan daripada bibir. Memiliki sedia ada 6 rona di pasaran, kini Elianto menambah empat lagi rona baharu yang boleh kamu miliki.

2-The Body Shop Lip Juicers RM42

Gincu Bibir Stailish Bawah RM100

Bukan sekadar gincu bibir, setiap wanita juga harus memiliki sekurang-kurangnya satu salap bibir. Untuk memastikan kulit bibir sentiasa sihat dan tidak kering. Dan saya pasti ada sesetengah di antara kamu, tidak suka menyarung gincu bibir berwarna terang. Cuba salap bibir daripada The Body Shop ini kerana ia bukan sekadar merawat malah memberi bibir sentuhan rona-rona lembut agar bibir nampak lebih sihat. Hadir dalam 4 perisa buah-buahan, salap bibir ini memiliki kadar manfaat pelembap yang cukup tinggi.

3- Sephora Collection Flash Jumbo Lip Pencil RM49

Gincu Bibir Stailish Bawah RM100

Ada di antara kamu yang lebih selesa melukis bibir daripada menggunakan gincu bibir biasa. Apa kamu cuba pensel jumbo daripada Sephora ini untuk hasil solekan bibir yang lebih sempurna. Hadir dalam 7 rona cantik dan memiliki campuran tekstur matte dan juga glos. Direka dalam bentuk jumbo ini, percaya atau tidak, ia amat mudah untuk diaplikasikan pada bibir.

4- MAC Satin Lipstick RM82

Gincu Bibir Stailish Bawah RM100

Buat kamu yang tidak atau kurang menggemari gincu bibir jenis matte, cuba gincu bibir daripada MAC yang memiliki kemasan satin ini. Ia tidak akan membuatkan bibir kering malah ia memberikan lagi efek bibir mungil sihat dengan efek yang lebih natural. Ia dihasilkan dalam bentuk tekstur berkrim dan memberi liputan sederhana dan mudah dibina pada bibir.

5- Benefit Benetint Cheek & Lip Stain RM65

Gincu Bibir Stailish Bawah RM100

Ini salah satu kegemaran saya. Ia boleh digunakan untuk bibir dan juga pipi. Ia sejenis tint bibir, sesuai buat kamu yang mahukan solekan bibir yang tidak keterlaluan namun masih lagi nampak berseri-seri. Ia tidak mudah comot dan kalis air. Selain itu, ia juga diperbuat daripada formula cecair gel membuatkan ia mampu tahan lama pada bibir daripada pagi sehingga ke malam.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE