SEARCH

#shiseidokissandtell: Dengan 24 Rona Gincu Rouge Rouge

#shiseidokissandtell: Dengan 24 Rona Gincu Rouge Rouge

Gincu Rouge Rouge

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari rona gincu bibir paling sempurna serta padan dengan tona kulit dan bibir kamu. Malah ia antara perkara yang sukar ditentukan oleh jurusolek profesional di Hollywood sendiri (apatah lagi saya). Teori warna lah, kemudian hendak menilik gincu yang mana benar-benar berkualiti, tahan lama serta teksturnya yang sepadan dengan pilihan hati. Kadang-kala lama duduk tenung gincu-gincu ini sebelum membeli. Kini tidak perlu risau, biar saya kongsi tip mencari rona gincu yang terbaik untuk tona kulit kamu menerusi 24 rona gincu bibir Rouge Rouge lengkap daripada Shiseido.

Paling penting adalah untuk kenal pasti rona undertone kamu. Bukan sahaja membantu dari segi mengenal rona gincu yang sesuai untuk kamu, malah manfaat mengenal undertone kamu ini juga boleh dipraktikkan dalam pemilihan rona siluet yang kamu sarung juga. Seperti semua sedia tahu, ada tiga kategori rona undertone ini, iaitu tona hangat, sejuk dan neutral dan ada pelbagai jenis tona kulit di muka bumi ini dan bukan mudah untuk dipadankan dengan apa jua rona gincu. Biar saya ringkaskan untuk memberi pemahaman yang lebih mudah untuk kamu.

Undertone sejuk

Cara untuk mengenalpasti jika kamu memiliki jenis undertone sejuk adalah dengan melihat di balik pergelangan tangan kamu. Jika kamu melihat rona urat saraf kamu berwarna seakan kebiruan, kamu memiliki undertone sejuk. Dan jika masih tidak jelas, kamu boleh mencuba menyarung aksesori berona perak, kamu pasti nampak lebih menyerlah menyarung aksesori rona ini berbanding rona emas. Jadi, rona gincu yang sesuai untuk kamu adalah gincu yang memiliki ton bayang biru atau ungu di dalam warna gincu kamu. Elakkan memilih rona gincu yang ke arah oren dan terlalu terang. Ia hanya akan mengusamkan lagi solekan kamu.

PILIHAN SAYA,

Gincu Rouge Rouge

 

Undertone Hangat

Jika kamu memiliki tona kulit kekuningan dan keemasan, kebarangkalian kamu memiliki undertone hangat. Untuk mendapat kepastian yang lebih lanjut, lihat urat kamu di balik pergelangan tangan, ia akan kelihatan kehijauan. Rona yang sesuai buat kamu yang memiliki undertone ini adalah rona-rona yang hangat seperti merah cili atau juga rona oren.

PILIHAN SAYA,

Gincu Rouge Rouge

 

Undertone Neutral

Well, kamu boleh padan dengan apa jua warna! Jika kamu lihat di balik urat saraf di pergelangan tangan kamu berwarna kebiruan dan juga hijau, kamu amat beruntung kerana kamu boleh menyarung semua jenis rona gincu bibir.

PILIHAN SAYA,

Gincu Rouge Rouge

 

Shiseido Tambah 8 Lagi Rona Baru Lengkapkan 24 Pilihan Gincu Rouge Rouge Terbaik Buat Kamu

Untuk koleksi Shiseido Rouge Rouge sebelum ini hadir dengan 16 pilihan rona merah sempurna yang boleh kamu gunakan buat pelbagai jenis solekan daripada siang, malam hingga ke solekan parti. Dengan 8 rona baru ini, ia mampu menyemarakkan lagi solekan mengikut apa jua mood kamu. Lebih menarik, rona-rona ini terdiri daripada rona yang cukup in untuk musim ini seperti rona nude, ungu juga oren. Berbeza dengan 16 rona sebelum ini, 8 rona terbaru ini tampil dengan tekstur krim pusam sesuai buat kamu yang gemarkan gincu jenis matte!

Gincu Rouge Rouge

8 rona baru Rouge Rouge

Formula terbaru Shiseido dalam menghasilkan lapan rona ini adalah berasaskan formula “True + Fit Formula Matte” di mana ia mencipta gincu yang kaya dengan tekstur pusam namun tidak terlalu mengeringkan bibir dengan sedikit suntikan tekstur berkrim ke atas permukaan gincu ini. Bukan itu sahaja, formula warnanya pula dicipta menerusi teknologi Shiseido Vibrant Red yang membenarkan si pemakai untuk menemukan gincu tona merah yang sesuai dengan tona kulit mereka.

Walau kita sering didedahkan dengan gincu yang bertekstur pusam ini mampu membuatkan bibir kering dan rosak, Shiseido terlebih dahulu sudah mengkaji permasalahan ini. Maka, manfaat pelembap turut disuntik di dalam pembuatan gincu terbaru Rouge Rouge ini di mana teknologi Super Hydro Wrap Vitalizing DE EX membenarkan bibir lembap selama lapan jam.

Gincu Rouge Rouge

*Koleksi Gincu Bibir Shiseido Rouge Rouge ini boleh didapati pada harga RM115 setiap satu.

Saksikan video personaliti #stailMYInstaCouple bulan ini menyarung seleksi rona gincu Shiseido Rouge Rouge pilihan kami

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE