SEARCH

#BeautyReport: 5 Selebriti Hadir Dengan Gaya Rambut & Solekan Menawan di Malam Grammy Awards 2018

#BeautyReport: 5 Selebriti Hadir Dengan Gaya Rambut & Solekan Menawan di Malam Grammy Awards 2018

Ulasan karpet merah saya kembali lagi. Dan kali ini adalah untuk Grammy Awards 2018 yang berlangsung baru-baru ini. Antara momen yang tidak boleh saya lupakan (pasti kamu semua juga), sudah tentu persembahan penuh bertenaga Rihanna bersama DJ Khaled dan Bryson Tiller menerusi lagu Wild Thoughts. Yang pastinya anugerah berprestij ini telah mengumpulkan selebriti-selebriti Hollywood, dan tentunya seronok bagi saya untuk melihat siapa yang hadir dengan gaya rambut dan solekan menawan di malam Grammy Awards 2018 ini. Jom sama-sama lihat!

1. Miley Cyrus

Grammy Awards 2018

Saya sukakan look Miley Cyrus ini. Tampil bersih tanpa perlu mengoles mekap tebal. Berbeza dengan gayanya semasa zaman dahulu kala. Di karpet merah ini, dia hadir dengan gaya klasik, solekan yang cukup natural dan gaya rambut gulung besar glamor.

2. janelle monae

Grammy Awards 2018

Dia disolek oleh jurusolek Jessica Smalls yang mencipta solekan “Twiggy 2018 vibe” buat Janelle kali ini. Saya sukakan solekan matanya. Ini kerana Janelle selalu memfokus serta bermain dengan solekan mata yang berbeza-beza setiap kali tampil di karpet merah. Kali ini dia tampil dengan solekan bawah mata berona biru manakala di kelopak mata, layangan smoky eyes rona tanah. We love her upside-down eye makeup!

3. hailee steinfeld

Grammy Awards 2018

Tidak lengkap jika tiada selebriti yang hadir dengan solekan rona biru ini di mana-mana jua karpet merah. Ada sesuatu tentang rona ini yang mampu membuatkan keseluruhan look kamu nampak lebih sempurna. Seperti Hailey, solekannya itu ternyata menyerlah sekali apabila dipadankan dengan busana serba putihnya bersama but ungu itu.

4. Katie holmes

Grammy Awards 2018

Sebelum bercakap tentang gaya rambutnya, lihatlah pada solekannya malam itu secara terperinci. Solekan matanya amat sempurna sekali. Padanan rona emas dan merah jambu kemilau ini membuatkan keseluruhan solekan Katie nampak manis sekali. Dipadankan pula dengan gincu rona lembut. Manakala rambut pendeknya pula digaya finger waves melengkapkan lagi look glamor klasiknya pada malam itu.

5. lady gaga

Grammy Awards 2018

Persembahannya cukup memukau pada malam itu. Kita kenali Lady Gaga sebagai seorang wanita yang cukup berani dalam bergaya setiap kali tampil di karpet merah. Kali ini dia tampil dengan solekan ala gothic. Tampil dengan eyeliner hitam tebal memenuhi seluruh matanya berserta olesan glos dan glitters pada kelopak mata hingga ke keningnya. Secara peribadi, saya sukakan solekan mata Lady Gaga ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE