SEARCH

#GuiltyNotGuilty: Cinta Tiga Segi & Penghapusan Batas Gender Tema Kempen Iklan Gucci Guilty

#GuiltyNotGuilty: Cinta Tiga Segi & Penghapusan Batas Gender Tema Kempen Iklan Gucci Guilty
GucciGuilty3_stailMY
Gambar: Gucci

Jared Leto diumumkan sebagai wajah baru pewangi Gucci Guilty Disember tahun lalu. Baru-baru ini Gucci mengeluarkan video kempen iklan pewangi ini menampilkan Jared Leto dan dua model wanita Julia Hafstrom dan Vera Van Erp. Latarnya ialah Venice di mana ketiga-tiga mereka berkeliaran di sekitar kota tua Venice. Masih lagi bertema seksual, kali ini ia tidak terlalu jelas dipaparkan. Ia ditunjukkan lebih kepada melalui watak ketiga-tiga mereka seperti memiliki hubungan cinta tiga segi. Ia juga diperlihatkan daripada penggunaan helaian yang tiada batas antara lelaki dan wanita. Mereka nampak seperti boleh berkongsi helaian dalam video 30 saat ini.

GucciGuilty2_stailMY
Gambar: Gucci

Ini juga menjelaskan pemilihan Leto sebagai wajah kempen iklan pewangi lelaki dan wanita Gucci Guilty. Pengarah Kreatif Alessandro Michele seperti mahu menghapuskan garis batasan antara lelaki dan wanita melalui keputusannya ini. Pewangi ini juga mengambil inspirasi generasi hari ini yang meraikan anarki – permulaan Gucci dalam meraikan individualiti yang tiada lagi batasan gender. Mereka hedonis tanpa rasa maaf dan suka meraikan keseronokan hidup tanpa rasa bersalah. Mereka bebas. Kerana itu Gucci mengilhamkan hashtag #GuiltyNotGuilty.

Kata Leto tentang kerjasama ini, “Saya bangga kerana menjadi sebahagian daripada langkah arah tuju baru Gucci ini. Gembira kerana mereka menganggap saya sebagai tidak konvensional dalam melambangkan pilihan baru untuk mereka.” Tentang keraian anarki sebagai tema kempen ini pula Leto beranggapan, “Saya bukanlah anarkis sangat. Tetapi secara kreatif, saya mahu jadi sebegitu. Merebut peluang dan melanggar peraturan. Alessandro’s an incredible artist, so to be a part of this adventure with him is really great.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE