SEARCH

#NoWay Hailey Bieber Tampak Cool Dengan Rambut Hitam! #StailLAVV !

#NoWay Hailey Bieber Tampak Cool Dengan Rambut Hitam! #StailLAVV !

Jika kamu tahu Hailey Bieber, kamu pasti akan terbayang wajahnya yang tirus serta rambut perangnya yang panjang mengurai itu. Model juga isteri kepada Justin Bieber ini baru-baru ini memuat naik gambarnya dengan imej terbaru di mana dia tampil rambut potongan bob dan warna hitam! Cool nya! Itu kali pertama yang terpacul di mulut kami apabila melihat foto di Instagram peribadinya itu.

Mungkin itu hanyalah sebahagian gimik sesi fotografi bersama majalah Interview, namun, bayangkan jika benar Bieber berimej sebegitu. Tentu sekali, imejnya itu membuatkan dirinya tampak cukup segar dan matang. She can really pull that look!

View this post on Instagram

@interviewmag

A post shared by Hailey Rhode Bieber (@haileybieber) on

Mengenakan gaya rambut bob pendek paras telinga rona hitam pekat dengan menyarung busana denim atas bawah sedikit sebanyak membawa kita kembali kepada mood dan konsep ala era 90-an. Dan buat kamu yang tertanya-tanya, siapakah penata gaya rambut yang bertanggungjawab ke atas transformasi look Bieber ini, Bob Recine lah yang bertuah itu. Dan ramai yang masih tertanya adakah benar transformasi ini dijalankan pada rambut asli Bieber atau sekadar digaya menggunakan rambut palsu. Yang penting, gaya rambut ini memang tampak sangat cool pada Bieber. Tidak kurangnya komen-komen positif daripada peminatnya.

She looks so stunning with black hair. I can’t 😩”

Ooooh she’s edgy

P/s: Memang benar, she’s really slaying the look! 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE