SEARCH

Harry Styles Tindik Telinganya Sendiri Untuk Met Gala 2019?

Harry Styles Tindik Telinganya Sendiri Untuk Met Gala 2019?

Masih lagi demam Met Gala 2019. Kami sendiri tidak boleh move on melihat kemeriahan mereka yang hadir dalam pelbagai jenis busana dan gaya solekan mengikut interpretasi tema ‘Camp’ ini. Dan sudah tentu, selain Ezra Miller, Harry Styles antara yang menarik perhatian ramai di karpet merah Met Gala tempoh hari. Tampil dengan gaya tersendiri di dalam persalinan serba hitam Gucci, kasut bertumit serta menyarung anting-anting mutiara pada sebelah telinga sahaja. Tanpa kita sedar, sebenarnya anting-anting itu adalah tumpuan utama dalam penampilan Harry pada malam itu. Ini kerana itu adalah pertama kali Harry tampil bertindik di khalayak ramai.

Ada kisah di sebalik telinga yang ditindik Harry ini. Menurut Eva Chen, Pengarah Perkongsian Fesyen Instagram, Harry telah menindik telinganya sendiri. Eva berkongsi kisah ini menerusi Live di laman Instagramnya apabila ada pengikutnya yang bertanya tentang pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika di Met Gala 2019.

“Harry Styles beritahu saya dan teman sekerja saya, Charles, dia telah menindik telinganya sendiri sehari sebelum majlis Met Gala berlangsung. Saya tidak tahu jika saya patut percaya dengan apa yang dia cakap, tetapi Harry juga berkongsi yang dia menindik telinganya menggunakan jarum. Saya tidak tahu itu betul atau tidak, namun pengalaman berborak dengan Harry pada saya adalah antara pengalaman bermakna saya di Met Gala 2019.”

Penata gaya yang bertanggungjawab menyempurnakan penampilan Harry pada malam itu, Harry Lambert, turut berkongsi kisah di sebalik anting-anting mutiara ini. Katanya, anting-anting itu memang aksesori tambahan di saat-saat akhir. Kata Lambert, dia melihat anting-anting itu di laman web Gucci empat hari sebelum hari besar Gala.

Harry dan saya sudah lama berbincang untuk menindik telinganya, dan pada saya inilah masa yang paling sesuai. Jadi saya hantar teks mesej pada dia tentang niat ini dan dia tanpa berfikir terus menjawab kembali mesej saya, ‘Let’s do it.’”

Kamu suka akan penampilan Harry Styles yang baru? Kongsikan pendapat kamu bersama kami!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE